hover animation preload
Sudah terlalu lama tidak menulis di blog...
Post terakhir pada 10/11/2013 iaitu 3 tahun 5 hari yang lalu.. itupun sekadar 'copy and paste'.
Blog pun bukan lagi satu fenomena..

Namun, ku gagahkan jua menaip sesuatu..
Biarpun tiada siapa membacanya.

Tangan kaku, lidah kelu...
Otak beku, hati layu...

- Wangsa Maju
15 November 2016 (Selasa)
12.34 tengah malam.
Comments (0)

Yang Baik Budi Yang Indah Bahasa
by Afifah JB in

YANG KURIK KUNDI YANG MERAH SAGA, YANG BAIK BUDI YANG INDAH BAHASA

“Yang kurik kundi yang merah saga, yang baik budi yang indah bahasa” merupakan antara peribahasa yang mendukung hidup berbudi dan berbahasa.  Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tata tertib, akal, kebijaksanaan serta perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata mulia. Dalam kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan yang baik terhadap orang lain adalah budi bahasa. Hidup yang berbudi ialah hidup yang berakhlak.
Gejala sosial yang terjadi dalam masyarakat kita zaman ini seperti bunuh, rompak, dera, fitnah, rasuah, perang mulut dan sebagainya adalah kesan daripada ketiadaan budi yang berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, serta menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk. Sekiranya semua individu, dan kumpulan dalam masyarakat menghayati hidup berbudi dengan sebenarnya-benarnya, maka segala malapetaka yang dilakukan oleh tangan manusia ini tidak akan berlaku.
Memperoleh kefahaman dan penghayatan tentang budi serta mengamalkannya dalam kehidupan bukanlah mudah. Maka dari itu, Nabi Muhammad SAW diutuskan antaranya untuk menyempurnakan akhlak mulia yang merupakan satu misi membawa rahmat ke seluruh alam. Misi ini haruslah didukung dan diteruskan oleh semua umat Islam yang mengaku menyayangi dan mencintai Nabi.  Menjadi contoh atau model kepada orang lain dengan memiliki peribadi yang baik merupakan antara langkah menjalankan misi besar ini.

Maka, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita haruslah disokong dan didukung oleh setiap daripada kita yang bercita-cita mengikut jejak Nabi Muhammad SAW ke syurga. Perbezaan fahaman politik, bangsa, agama, status sosio-ekonomi atau apa sekalipun tidak sepatutnya menjadi hambatan untuk kita menyokong suatu usaha yang baik ini. Semoga dengan adanya usaha dari setiap pihak, kempen ini akan membuahkan hasil dengan terbentuknya masyarakat yang harmoni dan sejahtera biarpun. 


(Dipetik ilham dari artikel “Budi Bahasa” oleh Alia Hanis, Scribd - http://www.scribd.com/doc/55885197/ARTIKEL-BUDI-BAHASA)

Petikan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 Tingkatan 4 MTAA
Comments (0)

Mampukah?
by Afifah JB in


Sudah terlalu lama tidak menulis.. bukan sebulan dua.. hampir dua tahun rumah ini dibiar kosong. Jangankan tulis, jenguk pun tidak...

Saya bukan menulis untuk orang lain semata.. Menulis untuk diri sendiri yang lebih saya utamakan...
Saya lebih suka menulis berbanding bercakap...Kegagalan saya untuk menulis menjadi bukti kepada sesuatu..

Orang kata, untuk memberi kita kena ada sesuatu dulu.. Kalau kita tak memiliki apa-apa, apa yang mampu kita beri???
Mungkin saya tak miliki apa-apa, kerana itu saya tak mampu nak menulis...

Saya pernah ditugaskan supaya menulis untuk risalah persatuan (cawangan kampus) yang saya sayang. Saya diberikan tema 'Mahasiswa'. Tugas diberi awal, berbulan-bulan sebelum tarikh akhir. Berkali-kali tangan ini cuba menaip tetapi tetap tergantung; kering idea.

I must read to write! I must gain something to write! I must feel to write!

Hari ini, sekali lagi saya berazam untuk menulis... Harapnya Allah beri kekuatan.. I want to write for myself. If it also benefits others, then Alhamdulillah.

Doakan untuk saya juga.

 Perlahan-lahan tak mengapa.. Yang penting "Keep going on".
Comments (0)

BAHAGIA ITU...
by Afifah JB in

Comments (0)

"Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah"
by Afifah JB in

A story to ponder
Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu belajar sungguh-sungguh.



(Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat/ rakan sekelas apabila soalan tentang bagaimana mahu belajar C++ yang sangat memerlukan latihan yang banyak itu.. Saya letakkan dan biarkan perkongsian ini berada di sini supaya ia menjadi sesuatu yang saya boleh sentiasa rujuk untuk inspirasi dan semangat.)


Semoga bermanfaat juga buat semua yang lain.
Belum sampai tahap ni tapi dah rasa nak merungut macam-macam.. aish kamu ni..


Yang masih belum mahu tidur,
Mahallah Maimunah 2,
UIAM Kuantan, Bandar Indera Mahkota.
Awal hari 25 Oktober 2011.
Comments (0)

Keajaiban di jari
by Afifah JB in

Cuba tengok tangan kita, fokus pada 5 jari yang kita ada. Apa yang kita nampak? Terus lagi perhatikan ciptaan Allah ini. Apa yang kita nampak? Nampak tak keunikan, keindahan dan keajaiban ciptaan Allah ini?

Dari segi fungsi, sungguh, bermacam perkara boleh kita lakukan dengan jari-jari yang lima ini; memegang, menuding, menggenggam, menumbuk, mencubit, menyapu, membelai, menggaru, menulis, menaip, mengira, memotong, melipat, memasak, dan lain-lain. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara, segalanya menjadi lebih mudah dengan adanya tangan yang berjari ini. 

Cap jari yang unik

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka)
terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.
(QS. Al Infithaar, 82:6-8)

*Bila sebut pasal jari ni, teringat kisah seorang tokoh agama (maaf tak ingat siapa) yang bermuhasabah  dengan memerhati jari (kalau tak silap selepas solat).  Tokoh ini seingat saya memang tokoh yang sangat disegani. Nak katanya, hanya pada anggota yang kecil ini mampu membuatkan kita dekat dengan Allah, andai diperhati dengan mata hati yang mengagumi kuasa Allah SWT. (Sesiapa yang tahu siapa tokoh ni harap maklumkan ye.. :>)

Muhasabah pada jari:
  1. Keajaiban jari-jemari - Rakan Masjid
  2. Keajaiban di dalam Tubuh Kita - Harun Yahya
  3. Membuat Barcode dibanding Keajaiban Cap Jari - Myatiq
- 21 Ramadhan 1432H, 10.24 pagi
Comments (0)

Cabaran Santai: Teka-teki
by Afifah JB in

1) What gets wetter and wetter the more it dries?


2) The man who invented it doesn't want it. The man who bought it doesn't need it. The man who needs it doesn't know it. What is it?


3) Ada 5 buah rumah yang masing-masing mempunyai warna berbeza. Setiap rumah dihuni oleh seorang lelaki dgn warganegara yg berbeza. Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok dgn jenama rokok tertentu dan memelihara sejenis haiwan peliharaan yg berbeza. Tiada seorang pun yang sama minuman kegemarannya, merokok yg sama jenama atau memelihara haiwan yg sama jenisnya. SOALANNYA : Siapakah Yang memelihara IKAN?

PETUNJUK:
Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah. Orang Sweden memelihara arnab. Orang Denmark suka minum teh. Rumah berwarna putih terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna coklat. Penghuni rumah berwarna putih suka minum kopi. Orang yang merokok PallMall memelihara burung. Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah suka minum susu. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill. Orang Norwegian tinggal di rumah yang pertama. Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing. Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill. Orang yang merokok Winfield suka minum sirap. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia. Orang Jerman merokok Rothmans. 
Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air. 
*(Dengan sedikit perubahan perkataan), teka-teki ini terkenal dengan nama teka-teki Einstein. 

4) A woman, while at the funeral of her own mother, met this guy whom she did not know. 
She thought this guy was amazing, so much her dream guy she believed him to be just that!
She fell in love with him right there, but never asked for his number and could not find him.
A few days later she killed her sister. What is her motive in killing her sister? 

5) City of Truth, City of Lies Riddle

You approach two talking doors. One door leads to the City of Truth, while the other door leads to the City of Liars. You do not know which door is which.

You are able to ask only one question to determine which door is which. The door that leads to the City of Liars always speaks lies, while the door that leads to the City of Truth always speaks the truth. You want to go to the City of Truth. What question do you ask to determine which door leads to the City of Truth?

Answers:

1) Towel
2) A coffin
3) (Yang ni selesaikan sendirilah ye..best!)
4) So that the girl can meet the boy again. 
5) You ask either door - "If I were to ask the other door which door leads to the City of Truth, what would he say?" Regardless of the answer, you pick the opposite door and you're in the City of Truth.
Comments (1)