hover animation preload

Godaan Syaitan
by Anonymous in



Syaitan akan memujuk manusia dalam tujuh hal, iaitu:
  1. Syaitan melarang manusia, agar tidak taat kepada Allah. Sedang orang-orang yang dilindungi oleh Allah akan menolak ajakan/ godaan itu, dan akan berkata: “Aku sangat memerlukan pahala dari Allah, sebab aku harus punya bekal di akhirat nanti”.

  2. Syaitan akan berbisik kepada manusia agar menunda ibadah dan menyatakan esok saja kalau sudah tua. Sedang orang-orang yang dilindungi Allah akan menolaknya dan berkata: “Jika aku menunda amalku/ taatku hari ini untuk esok bila aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari mempunyai kesibukan tersendiri”.

  3. Syaitan selalu mendorong manusia agar cepat-cepat beramal, tetapi akibatnya tidak sempurna. Sedang orang-orang yang dilindungi Allah tentu menolak dan berkata: “Amal sedikit tetapi sempurna, lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna”.

  4. Syaitan menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik (soleh) dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela orang. Sedang orang-orang yang dilindungi oleh Allah berpendapat lain. Amal itu yang penting ikhlas, sebab tak ada gunanya beramal tetapi tidak ikhlas.

  5. Syaitan membisikkan sanjungan kepada orang yang baru beramal: Betapa tingginya darjatnya telah beramal dengan baik dan sempurna. Sedang orang-orang yang dilindungi Allah akan menjawab: “Bahawa semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah. Allahlah yang memberi taufik kepadaku sehingga dapat beramal yang diredhai. Dan memberikan pahala yang besar dengan kurniaannya. Jika tanpa kurniaan Allah, maka tidak seberapalah amalku ini, bila dibanding dengan nikmat Allah padaku, di samping dosaku yang banyak pula.”

  6. Syaitan mendorong manusia agar beribadah dengan sir/ diam-diam dan ikhlas jangan terlihat oleh manusia. Sedang orang-orang yang dilindungi Allah tentu waspada dengan godaan ini, bahawa tujuan syaitan ingin mencampur-baurkan dan ingin merosak niat orang ini. Syaitan berpura-pura menyuruh beramal dengan ikhlas padahal tujuannya ingin menyelewengkannya agar melakukan riak.

  7. Syaitan berbisik di dalam hati manusia: “Hai manusia, tidak ada gunanya kamu beramal dengan susah payah kerana jika kamu sudah ditetapkan di zaman azali akan dijadikan makhluk yang berbahagia, maka tidak akan membuat mudharat apa-apa yang engkau tinggalkan, engkau tetap akan menjadi orang yang berbahagia walaupun engkau tinggalkan perintah Allah itu. Sebaliknya,jika engkau sudah ditakdirkan di zaman azali menjadi orang ynang celaka, maka tidak ada gunanya sama sekali amalmu itu, dan engkau tetap menjadi orang yang celaka.”

    Sedang orang yang dilindungi Allah akan menolak pujukan ini dan berkata: “Aku ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Tahu, menetapkan segala kehendaknya dan berbuat apa saja yang dikehendakinya.Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaan di zaman azali.

    Jika aku ditakdirkan menjadi orang yang berbahagia di akhirat, aku perlu meningkatkan terus amalku, agar pahalaku bertambah banyak. Dan jika aku ditakdirkan menjadi orang yang celaka, maka perlu terus beramal, agar tidak menemui penyesalan sebab meninggalkan amal soleh. Jika aku dimasukkan ke neraka, padahal aku sudah taat, maka itu lebih aku sukai daripada dimasukkan ke neraka kerana berbuat maksiat. Tetapi tidak demikian keadaan orang-orang di akhirat kelak. Sebab janji Allah itu pasti benar. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh/ taat kepada-Nya, tidak akan dimasukkan ke neraka, dan pasti ke syurga.”

Wallahua’lam.

- Dipetik dengan sedikit ubai suai ayat dari buku “Melumpuhkan Senjata Iblis dan Syaitan” oleh Syamsul Bahri Ahmad, terbitan Jasmin Enterprise.

Doa Elak Gangguan Syaitan


Pautan Luar Menambah:

10 Perangkap Syaitan - iLuvIslam
Godaan Iblis dalam Solat
Gangguan Syaitan - An-Nida'
Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri

- semoga sentiasa dalam penjagaan Allah,
najaf_jb@yahoo.com
Comments (0)

Kecil Menjadi Besar...
by Anonymous in

Uji minda

Apa benda atau perkara yang asalnya kecil tetapi biasanya menjadi besar….?



Biar saya tolong jawabkan:
- Rufaidah dan segala macam bayi di dunia....
- Manusia sudah semestinya..sunnatullah...
- Haiwan dan yang seangkatan dengannya...
- Pokok - pokok dan yang segolongan dengannya..
- Belon yang boleh ditiup lagi sebelum meletup akibat angin yang terlalu padat...
- Rumah dan segala macam bangunan yang dibesarkan...
- Pelampung dan segala macam benda yang boleh dimasukkan angin di dalamnya..
-
-
-

Sesuatu yang kita selalu tak sedar...



Bukan benda hidup sahaja yang boleh berubah menjadi besar, dosa kecil juga boleh berubah menjadi besar, kalau... :

  • Dilakukan secara berterusan.

    Kedudukannya tak ubah seperti titisin air yang berterusan menitis ke atas seketul batu, lama kelamaan batu itu akan pecah.
  • Memandang kecil dosa yang dilakukan itu dan tidak bertaubat.

    Apabila seseorang memandang kecil dosa kecil yang dilakukannya, ia akan menjadi besar di sisi Allah, sebaliknya apabila dia memandang besar dosa kecil yang dilakukannya, lalu menampungnya dengan taubat dan istighfar, ia akan menjadi kecil pada pandangan Allah.
Ibnu Mas’ud melaporkan Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah sedang berada di bawah sebuah bukit yang akan tumbang menimpa dirinya, manakala orang fasik melihat dosa-dosanya tidak ubah bagaikan lalat-lalat yang hinggap di atas hidungnya lalu ditepis dengan tangannya sahaja.” (HR Bukhari)

  • Gembira melakukannya.

    Contohnya, seperti berkata: “Tidakkah anda lihat bagaimana saya Berjaya mencemarkan imej si fulan tu?”

  • Membocorkan kepada umum dosa yang dilakukannya secara sulit dan jauh daripada orang ramai.

    Menerusi Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap dari kalangan ummatku akan dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Antara terang-terangan melakukan dosa ialah seorang lelaki melakukan dosa pada waktu malam, kemudian apabila tiba waktu pagi, menceritakan kepada orang ramai, padahal Allah s.w.t telah menutup dosanya itu. Lelaki itu berkata: Wahai si fulan, malam tadi saya melakukan dosa ini dan ini, padahal dia tidur pada malam itu dalam keadaan Allah s.w.t menutup keaibannya, tetapi bila bangun waktu pagi, dia pula membocorkan dosanya kepada orang ramai.”(HR Bukhari)

  • Dilakukan oleh orang alim yang menjadi ikutan masyarakat.

    Menerusi Ibn Jarir daripada bapanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mensunnahkan satu sunnah yang buruk di dalam Islam, akan menanggung dosanya dan dosa orang yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pun” (HR Muslim)

    (Sumber:Segera Beribadat Sebelum Terlambat)

Pautan luar menambah:

Bila Kyai bermaksiat
Jangan sepelekan dosa kecil
Bahros Shofa: Penghapus Dosa
Dosa Kolektif


”Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).” (an-Nisa',4: 31).

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil), (Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil.” (an-Najm: 32)

- Semoga kita dapat beramal dengan ilmu yang kita peroleh dengan sebaik-baiknya.

4 Muharram 1431H.

Comments (0)

Di sebalik 'yang menutupi'...
by Anonymous in


Kasihan orang baju hijau ni...Dia tak tahu agaknya mana aurat mana tak. Dia tak tahu agaknya cara pemakaian yang betul...Tapi banyak sangat dia tak tahu ni...

Orang yang tak pakai mungkin tak tahu. Tapi, orang yang pakai tudung ni pun sebenarnya bukan semua tahu dan benar-benar tahu...saya sendiri mungkin belum betul-betul tahu 100%...

Antara kesalahan-kesalahan si pemakai tudung....

Jom tengok bual bicara orang-orang yang bertudung ni...



Apakah hijab sebenarnya? Jom dengar pendapat orang ni...




Hijab, niqab and nothing....




Sesuatu yang menarik perhatian saya dalam video ini ialah kata-kata ini:
"Let's not ask Barbara Walters about how a Muslim woman feel. Let's not ask CNN, ABC, FOX. Let's not ask The London Times or The Australian Times. Let's not ask non-Muslims about how Muslim women feel, how they live, what are their principles, what are their challeges. If you want to be fair, ask a Muslim woman."










Cerita ni biasa-biasa saja...yang saya nak kamu lihat sebenarnya ialah bagaimana cara kafir ni 'memujuk' orang Islam ni untuk melanggar syariat Islam, mengenepikan pendirian orang Islam ni... lembut sahaja. 'Berhikmah'...dan tengok hasilnya. Sedih tengok. Lemah. Lemah mempertahankan prinsip dan pendirian. Semoga kita termasuk dalam golongan yang tetap istiqamah di jalan Allah.



Pautan-pautan lain:

Kesalahan Muslimat
Cara aurat wanita didedahkan
The Niqab fact vs fiction
The niqab and its obligation in the Hanafi Madzhab

Hukum menutup muka bagi wanita
Cerita umi- kejap pakai kejap tak
Hukum cadar (1): Dalil-dalil ulama' yang mewajibkan
Hukum cadar (2): Dalil-dalil ulama' yang mewajibkan
Hukum cadar (3): Dalil-dalil ulama' yang tidak mewajibkan
Hukum cadar (4): Dalil-dalil ulama' yang tidak mewajibkan
Hukum cadar (5): Kesimpulan antara 2 pendapat ulama'
Muslimah yang dicari yang auratnya dijaga rapi
Luahan Hati: 'Menutup aurat'
Kisah tudung untuk tatapan bersama
10 Alasan untuk Tidak Memakai Jilbab



Ada banyak lagi pautan-pautan lain kat luar tu, tak larat nak pautkan semuanya kat sini. Kepada teman-teman yang nak berkongsi kisah, pengalaman, ilmu dan sebagainya yang berkaitan, amatlah dialu-alukan. Syukran.

Your sister in Islam,
najaf_jb@yahoo.com, 16 September 2009, 10.00pagi.
Comments (4)

Mengingatkan apa yang terlupa...
by Anonymous in

Fitrah manusia mudah lupa. Malah perkataan insan itu sendiri berasal dari perkataan nasia yang bermaksud lupa.
Atas sebab itulah manusia memerlukan kepada tazkirah dan nasihat yang tujuannya untuk ingat-mengingatkan sesama manusia apa yang mereka lupa. Ingat-mengingati dan nasihat-menasihati diumpamakan sebagai hadiah yang diberikan kepada orang yang dikasihi sebagai tanda sayang. Hanya mereka yang saling menyayangi dan mengasihani akan saling menasihati dan mengingatkan...

Perlu diingat di sini, kesalahan dan kesilapan dilakukan disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya hal ini ialah kerana sifat manusia yang mudah lupa disertai dengan dorongan nafsu dan godaan syaitan serta kekurangan ilmu.

Maka, Islam menganjurkan setiap penganutnya mengamalkan sikap saling menasihati dan tegur-menegur sesama manusia untuk mengingatkan manusia apa yang mungkin mereka lupa.

Ingatan takkan kekal. Ia hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat dan kemudian akan dilupai jika tidak diingatkan.
---- Seorang pengerusi majlis tidak akan berucap tanpa menyediakan bahan ucapannya terlebih dahulu kerana dia tahu dia pasti lupa.
----Seorang penceramah tidak akan menyampaikan ceramah tanpa mempunyai bahan atau catatan kerana dia tahu dia pasti lupa.
----Seorang guru tidak akan mengajar tanpa membawa sebarang bahan pengajaran kerana dia tahu dia pasti lupa.
----Seorang hafiz tidak akan dapat mengingat hafalannya tanpa mengulang apa yang dihafal kerana dia pasti lupa.
Hal ini menunjukkan betapa manusia itu lemah dan memerlukan sesuatu yang lain untuk mengingatkan mereka apa yang mereka mungkin lupa.

Manusia sering terlupa kepada mati. Manusia sering terlupa yang masa sedang berlalu dan tidak menuggu kita. Manusia sering terlupa yang dunia hanya persinggahan semata. Manusia sering terlupa janji Allah kepada hambaNya di akhirat kelak. Manusia sering lupa yang kenikmatan dunia ini adalah pinjaman Allah swt semata. Manusia sering lupa kewajipannya sebagai hamba Allah swt. Manusia sering juga terlupa yang fitrahnya adalahpelupa (mudah lupa) hinggakan mereka tidak berusaha untuk mengingati apa yang mungkin mereka terlupa.

Kita sebagai manusia, adakah kita begitu? Melupakan sesuatu yang tidak sepatutnya dilupakan?

Memang manusia fitrahnya pelupa. Tetapi, itu tak bermakna manusia harus terus biarkan diri mereka melupakan sesuatu yang tak sewajarnya dilupakan. Kita perlu punya inisiatif untuk mengingatkan diri apa yang kita mungkin lupa serta menguatkan ingatan terhadap apa yang mesti diingati setiap masa. Kita perlu mengingatkan diri kita sendiri serta orang di sekeliling kita.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a pembantu Rasulullah s.a.w katanya: bersabda Rasulullah saw: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri”
(HR Bukhari dan Muslim).
Orang yang beriman akan menyayangi saudara seakidahnya dan takkan sesekali membiarkan saudaranya ia terus dibuai kenikmatan dunia sehingga melupakan perkara yang tak sepatutnya dilupakan. Jika benar kita sayang, lakukanlah sesuatu pada diri kita sendiri dan pada masyarakat sekeliling kita bagi memastikan ingatan kepada perkara yang harus diingati kekal subur di minda dan di hati.

Untuk diri sendiri, hadirilah majlis ilmu, banyakkan berzikir, membaca dan menghayati al-Quran, semoga dengan ini, kita akan terus ingat kepada kematian, ingat kepada azab kubur, ingat kepada hari akhirat, dan ingat kepada Allah swt setiap masa dan ketika.

Untuk saudara-saudara kita pula, berilah nasihat dan peringatan kepada mereka. Semoga nilai saling menasihati ini dapat mengingatkan kita kepada Maha Pencipta dan menjadi hamba yang bertakwa serta mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. Bersama-samalah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri agar kita tidak terpesong dari jalan kebenaran dan sentiasa diberkati Allah swt.
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman"
(Adz Dzaariyaat : 51)

p/s: Buat teman-teman yang sangat disayangi, andai kalian terlihat iba buat benda yang bukan-bukan, agak terpesong dari laluan sebenar, tegurlah..ingatkanlah..nasihatilah...bantulah diri ini membaiki diri... kalian adalah kekuatan diri ini..

Salam penghargaan dan sayang buat teman-teman seperjuangan,
najaf_jb@yahoo.com
18 Julai 2009, 11.04pm.
Comments (0)

Memberi Bukan untuk Menerima
by Afifah JB in ,

Bagi yang telah baca tulisan ini, mungkin boleh baca sekali lagi...refresh kembali.
Bagi yang belum membaca, selamat membaca dan mengambil pelajaran darinya.

..::.. Mak Lang: Memberi Bukan untuk Menerima ..::..

Mata saya memandang pusara Mak Lang. Di sebelahnya pusara suaminya Pak Lang. Saya tersenyum. Terbayang satu persatu episod kenangan saya bersama mereka. Pak Lang meninggal sewaktu saya baru memulakan pengajian di universiti, manakala Mak Lang pula menyusul tiga bulan kemudian. Mereka meninggal atas sebab-sebab biasa - kata orang sakit tua. Mak Lang seingat saya berusia 80 tahun ketika meninggal, Pak Lang mungkin lebih lagi.

Mak Lang terutamanya, tidak mengajar saya tentang ilmu rumahtangga, tetapi saya banyak belajar dari cerita-cerita dan amalannya.
"Mak Lang ada gaduh-gaduh tak dengan Pak Lang?" tanya saya.
"Eh, kau ni... Pak Lang kau tu panas juga orangnya. Ada le gaduh, tapi tak selalu..."

"Kalau gaduh, Mak Lang buat apa?"
"Pak Lang kau tu cepat reda, datang le dia memujuk."
"Wah, romantik juga ya. Apa kata-kata pujukan Pak Lang?" usik saya.
"Dia tak cakap apa-apa. Dia tengok apa Mak Lang buat, dia tolong. Itu Mak Lang tahulah...dia pujuk. Atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran Mak Lang..kemudian dia kata, jom masak sama-sama."

"Apa kau tanya-tanya ni...Mak Lang bukan pandai sangat. Orang kampung biasa. Kau tu kan belajar tinggi"
"Taklah Mak Lang, saya cuma nak dengar kisah-kisah Mak Lang. Dulu masa ada Pak Lang, takut saya. Dia tu garang orangnya," akui saya terus-terang.
"Garang-garang pun dah suami kita. Mak Lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan Pak Lang kamu..."
"Maksud Mak Lang?"
"Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang mesti begini, begitu..Hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak diakad nikah. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti...Kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak..Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikr singkat sahaja. Tak pandai pasang angan-angan."

Singkat tapi tepat. Mudah tapi berhikmah. Mak Lang mungkin tidak mengetahui falsafah ilmu rumahtangga. Tetapi hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. Ilmu itu pada tindakan.

"Mak Lang belajar urut-urut tak?"
"Manalah ada."
"Habis..kata Pak Lang dulu Mak Lang pandai mengurut?"
"Gurau dia sahaja tu. Asalnya begini, dia jatuh sewaktu bekerja di kebun. Terhencot-hencot dia balik ke rumah. Tak sampai hati Mak Lang tengok, lalu Mak Lang urut. Ikut sedap tangan je. Baik pula. Sejak tu, apa-apa sakit, dia cari Mak Lang."
"Mak Lang tahu cakar harimau?"
"Apa tu?"
"Eh, tak da le. Apa petua Mak Lang dalam urut-mengurut ni?"
"Urut dengan hati kita...kerana sayang, kesian, kasihkan dia. Bukan sekadar nak ambil hati."
"Kerana nak beri kasih sayang, bukan nak dapat kasih sayang?" tanya saya.
"Kau lebih pandai. Mak Lang tak pandai cakap macam tu."

"Apa yang Mak Lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan Pak Lang?"
Dia diam tiba-tiba. Tapi Mak Lang memang 'relaks'. Tak pernah saya lihat dia menangis. Sewaktu Pak Lang meninggal dulu pun, dia macam biasa. Berdoa, baca al-Quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan penyempurnaan jenazah.

"Sembang-sembang Pak Lang kamu..." katanya pendek.
"Sembang-sembang saja?" ujar saya hairan.
"Ya, sembang-sembang Pak Lang kamu adalah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang dia memujuk, memberi ilmu, sampaikan panduan. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. Kekadang penuh gurauan, dia tahu Mak Lang tengah sedih..."
"Bila Pak Lang suka sembang?"
"Bila ada kesempatan. Kadang-kadang sambil kami lipat baju. Masa anak-anak kecil dulu, kami bersembang sewaktu Mak Lang membuai anak...dia lipat kain. Sekali-sekala sewaktu memasak, kalau dia tak ke kebun. Tapi paling dia tak pernah tinggalkan ialah sembang tengah malam. Sembang-sembang menjelang tidur."

Saya senyum. Dengan pemikiran 'simple', bahasa dan istilah yang mudah, Mak Lang berkisah - praktik ilmu-ilmu motivasi terkini. Yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal-tebal. Tapi Mak Lang dan Pak Lang hanya 'orang kampung', mereka hanya 'menulis' dalam kehidupan. 'Berceramah' dalam amalan harian.

"Siapa yang kuat sangat nak hantar anak-anak belajar tinggi?" tanya saya.
"Kami berdua. Tak nak anak-anak susah...Pak Lang kamu tak belajar tinggi. Setakat tahu baca dan mengaji sahaja. Tapi dia yakin, nak berjaya masa akan datang mesti dengan ilmu."

Anak sulung mereka menjadi seorang jurutera. Manakala yang kedua pula menjadi seorang guru. Ketiga, polis dan yang bongsu seorang doktor.
"Mak Lang mengajar mengaji kan?"
"Mak Lang tekad. Anak-anak mesti khatam Quran di tangan Mak Lang sendiri. Wuduk, solat, taharahnya dah diajar di sekolah. Pak Lang kamu cuma tengok perbuatannya di rumah. Dia garang, tak berani anak-anak nak tinggal solat...dirotannya!"

"Apa falsafah hidup Mak Lang?"
"Mak Lang tak pandai...Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. Rasanya Pak Lang pun begitu juga. Rasa kami sama, sebab selalu bersama..."
"Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama. Kenapa Mak Lang?"
"Tak tahulah pula. Tapi Mak Lang selalu buat macam ni...Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya, Mak Lang rasa: Dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada...yang ada cuma Pak Lang."

Wah, ini lebih tinggi daripada prinsip 7 habits, Steven Covey - Seek to understand than to be understood.

"Pak Lang rasa macam tu juga ke? Yang ada hanya Mak Lang?"
"Sekali-sekala datang juga pertanyaan macam tu. Tapi Mak Lang tepis cepat-cepat. Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan..."
Ini lebih hebat, prinsip teras dalam cinta rumahtangga - Unconditional Love.

Saya renung buat kesekian kalinya pusara Mak Lang. Sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. Namun setelah saya berumahtangga kini, terbayang satu-persatu kata-kata bersahajanya. Mereka bukan wira yang perlukan tugu kenangan. Atau negarawan besar yang perlu diberi pangkat dan gelaran. Mereka hanya manusia biasa, yang menjadi 'luar biasa' dengan sikap biasanya - jujur, telus dan tulus. Memberi bukan untuk menerima!

- Ustaz Pahrol Mohd Juoi, majalah Anis september 2004.

.::. Cinta Tanpa Syarat - Saifulislam.com
.::. Cinta Seratus Peratus - Saifulislam.com
.::. Erti Sebuah Perkahwinan - Saifulislam.com

-najaf_jb@yahoo.com
9.00am, 13 Jun 2009
Comments (0)

Seteguh Tekad
by Anonymous in


SETEGUH TEKAD menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya merangsang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.
Prof.Dr.Sidek Baba, tokoh pendidik yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu. Yang pasti, setelah menutup helaian akhir autobiografi ini, anda akan terdorong untuk membuat perubahan dalam diri. Selamat membaca, mudah-mudahan anda akan dapat mengambil iktibar daripada perjalanan hidup ikon umat Islam ini.
- (Ulasan ringkas yang tertulis di belakang buku.)
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan juga membaca buku ini setelah lama ia terperuk di dalam rak. Pertama kali saya membaca buku ini, saya telah jatuh cinta dengan kisahnya. Banyak prinsip dan pandangan hidup Cikgu Sidek tercurah pada buku ini. Dan sebahagiannya, ini saya kongsikan di sini.

TENTANG SISTEM NILAI DALAM PENDIDIKAN:
Nilai adalah sesuatu yang asasi dalam pendidikan. Tanpa nilai, pendidikan akan menjadi utilitarian. Dengan nilai, manfaat ilmu dan keterampilan akan wujud. Ia bakal memandu menusia menjadi baik dan memiliki arah tuju dan arah guna yang jelas. Pendidikan bukan sekadar suatu proses transfering of knowledge tetapi lebih utama ialah the transformation of man.

TENTANG TAMAN DAKWAH:
Aku lebih suka menggambarkan organisasi dakwah itu sebagai sebuah taman bunga yang penuh dengan pohon-pohon dan bunga beraneka warna. Ada yang harum dan ada bunga yang indah warnanya. Keindahan bunga dan warna memberikan keceriaan pada sekitarnya. Jika ada bunga ros yang wangi dan berduri, janganlah duri itu sampai mengganggu bunga-bunga yang lain. Duri itu harus digunakan untuk melindungi taman tersebut dari ancaman musuh-musuh luar.
Sekiranya analogi ini diikuti, jemaah Islam tidak akan cuba membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan siapa yang tidak. Hakikatnya, jemaah Islam ini dikendalikan oleh manusia. ALLAH tidak memberikan manusia dengan semua potensi yang terbaik. Malah, sifat manusia mestilah memiliki rasa kesalingan tinggi untuk melengkapi dan mengungguli supaya taman dakwah kelihatan indah dan sentiasa menjadi rujukan umat manusia.

TENTANG LANDASAN HIDUP DAN WARISAN:
Membina landasan hidup yang betul adalah amat penting kerana setiap daripada kita ada warisan yang ingin ditinggalkan. Kita ada anak, ada keturunan, ada cucu dan zuriat yang bakal mewarisi. Kita ada bangsa dan umat yang ingin dimajukan. Kita ada generasi yang menjadikan kita sebagai sumber ikutan.

TENTANG KEBANGKITAN ISLAM:
Kebangkitan Islam bagiku mesti disertai dengan kefahaman tentang sejarah jatuh bangun Islam pada masa lalu, petanda kebangkitan Islam pada masa kini antara cabaran dan penyesuaian serta keperluan tatacara penghidupan masa kini yang mampu mengembalikan semula status ilmu yang sepadu. Ini bagi memastikan penekunan dalam bidang akidah, akhlak dan ibadah tidak hanya dibatasi dengan pendekatan lama tetapi mampu mengimbangi cabaran pemikiran dan ilmu terkini.

TENTANG BIMBINGAN TERHADAP ANAK-ANAK:
Sekiranya bimbingan tidak dilakukan, kasih sayang tidak diberi, contoh teladan tidak ditunjukkan, dia akan belajar daripada contoh-contoh yang melintas di hadapannya. Sekiranya contoh itu baik, baiklah jadinya. Sekiranya contoh itu sebaliknya, kemungkinan yang buruk menjadi ikutan anak-anak.

Dan selebihnya, anda patut baca sendiri. semoga bermanfaat.

(Dalam buku cetakan pertama ini, ada beberapa kesalahan bahasa/ejaan yang saya kesan, kesilapan teknikal mungkin. Itu kurang penting, yang penting mesejnya dapat diambil dan dijadikan pengajaran. Wallahua'lam.)

- najaf_jb@yahoo.com
21 Mei 2009,9.29am
Comments (0)

Tanda- Tanda Bahagia dan Sengsara...
by Anonymous in ,

Tanda-tanda Bahagia

* Menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
* Himmahnya (kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
* Sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan
* Sangat memelihara sembahyang fardhu yang lima
* Menjaga diri daripada yang haram dan syubhat,sedikit mahu pun banyak
* Bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik
* Bersifat merendah diri
* Bersifat dermawan yang ikhlas
* Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
* Bermanfaat kepada orang lain
* Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

* Rakus terhadap harta dunia
* Kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
* Kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
* Meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
* Berkawan dengan golongan yang fasik(derhaka)
* Buruk perangainya
* Sombong lagi membangga diri
* Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
* Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
* Bersifat kedekut
* Lupa terhadap mati (petikan kitab Tanhibul Ghafilin)

- 100% copy and paste. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bahagia.
najaf_jb@yahoo.com
18 Mei 2009, 9.24 am.
Comments (0)

Kalaulah itu dunia...
by Anonymous in

Kalaulah itu dunia…
Apr 30th, 2009

Sebahagian orang, telah bertindak melulu, dengan mengklasifikasikan ilmu kepada dua. Ilmu akhirat, dan ilmu dunia. Kita dapat lihat perkara ini dalam pembelajaran agama dan pembelajaran sains. Ada golongan yang bertindak memisahkan kedua aliran ini kemudian menyatakan bahawa:

“ Aha, yang ambil sains ni, golongan kejar dunia. Yang ambil agama ini golongan yang kejar akhirat”

Saya terfikir perkara ini, selepas membaca komen pelawat dalam post yang bertajuk ‘Iman Yang Mandul’ dan juga komen seorang pelawat dalam post yang bertajuk ‘ Saya Hendak Menyumbang Untuk Islam, bagaimana?’.

Semua ini, membawa saya mengingati satu kenangan yang bermakna sebenarnya.

Pada suatu hari, saya dan kawan-kawan sedang duduk dengan ayah angkat kami, namanya Rosdi bin Baharom. Kami semua menggelarnya Pakcik Rosdi. Dia seorang yang amat rapat dengan kami, dan penyayang. Kelebihan Pakcik Rosdi ini adalah, dia suka berkongsi banyak perkara bermakna dengan kami.

Hari itu, dia bercerita satu perkara yang menarik. Dia cerita kisah isterinya, dengan pelajar yang malas di dalam kelas.

Isteri Pakcik Rosdi, namanya Maimunah binti Hashim. Kami, memanggilnya Cikgu Mai. Hal ini kerana, Cikgu Mai adalah guru Fizik kami, merangkap guru Matematik Tambahan. Cikgu Mai, kalau dalam senarai guru-guru, adalah yang paling disayangi pelajar. Amat baik, dan tidak pernah bias kepada pelajar. Tidak pernah mengklasifikasikan pelajarnya, dan tidak pernah pula merendahkan pelajar yang lemah, mahupun menyisihkan pelajar bermasalah dengan peraturan sekolah.

Pakcik Rosdi cerita,

“ Satu hari, ada tiga orang pelajar, tidak buat kerja yang isteri ana bagi. Jadi, isteri ana tanya, kenapa tak buat kerja? Antum rasa, mereka jawab apa?”

Kami geleng kepala tak tahu.

“ Mereka jawab, ‘alah cikgu, ini semua dunia’”

Saya, sebelum Pakcik Rosdi meneruskan ceritanya, sudah tidak senang dengan sikap tiga orang pelajar itu. Sikap sebegini, sebenarnya memburukkan imej pelajar yang belajar di sekolah agama sebenarnya. Kemudian, Pakcik Rosdi menyambung,

“ enta tahu apa jadi dengan isteri ana?”

Kami dapat agak, sebab kami kenal sungguh dengan Cikgu Mai, tapi kami biar Pakcik Rosdi meneruskan ceritanya.

“ Isteri ana menangis. Lepas itu, isteri ana kata, ‘ Kalau ini semua dunia, cikgu tak susah-susah nak mengajar antum’ ”

Walaupun sebenarnya, tiadalah kata-kata itu dilontarkan kepada saya, secara jujurnya, kalbu saya turut terasa seperti dicucuk-cucuk dengan kata-kata Cikgu Mai itu.

“ Kalau semua ini(belajar fizik, add math) dunia, cikgu tak susah-susah nak mengajar antum”

Siapa tak kenal dengan Cikgu Mai kalau dari pelajar aliran Sains? Dia adalah guru yang bersungguh-sungguh, penyayang, lemah lembut. Dia ada penyakit migrain dan sering sakit. Tapi dia sering gagahi dirinya untuk datang ke sekolah mengajar kami. Dia sering memperbaharui notanya, dan sering juga memberikan ilmu tambahan kepada kami. Kalau kami tidur di dalam kelas, dia tidak pernah marah. Saya pernah kelihatan letih dalam kelasnya, kemudian, dia bertanya kepada saya,

“ Hilal, maafkan cikgu ya. Mungkin Cikgu ajar ni tak seronok, buat enta letih”

MasyaALLAH, Cikgu Mai yang minta maaf. Siapa yang hendak buat salah dengan dia? Saya pantas minta maaf kembali. Tidak sepatutnya saya buat muka letih sedemikian di dalam kelas.

Itulah dia Cikgu Mai. Untuk apa dia bersusah payah kalau semua itu(Fizik, Add Math) adalah dunia? Buat apa dia gagahi dirinya, melawan sakit dan migrain jika semua itu dunia semata-mata?

Hakikatnya, ilmu itu adalah hak milik ALLAH. Kita digesa untuk memantapkan diri kita dengan ilmu, untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM. Tiada satu kaum pun, yang mampu menjadi gemilang, tanpa kekuatan ilmu. Sebab itulah banyak hadith Rasulullah SAW menyatakan gesaan untuk menuntut ilmu.

“ Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap muslim” Al-hadith.

“ Barangsiapa yang merintis satu jalan bagi menuntut ilmu, maka ALLAH akan permudahkan jalannya untuk ke syurga” Al-Hadith.

“ Kebijaksanaan itu adalah milik orang mu’min yang telah tercicirkan, maka jika kamu jumpainya di mana-mana, kutiplah” Al-Hadith.

ALLAH SWT berfirman,

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat” Al-Mujadalah ayat 11.

Jadi, apakah benar ilmu sains, ilmu arkitek, ilmu sukan, ilmu seni lukis, ilmu persenjataan, dan sebagainya adalah ilmu dunia semata-mata? Hakikatnya, kita perlu mengetahui juga ilmu-ilmu itu untuk membangunkan ummah.

Kata orang inggeris: “ Knowledge is power”

Kata-kata Cikgu Mai itu, walaupun bukan ditujukan kepada saya, tetap akan saya sematkan di dalam hati sehingga bila-bila.

Kata-kata yang baik, untuk diingat-ingat ketika muhasabah diri berkenaan usaha dalam menuntut ilmu hari ini. Lebih-lebih lagi, saya menuntut ilmu usuluddin, yang sebahagian manusia kata – ilmu akhirat -.

Moga, perkongsian ini ada manfaatnya.

Artikel di atas adalah perkongsian dari Saudara Hilal Asyraf. Klik sini
Comments (0)

Bila kita ingat MATI?
by Anonymous in


"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan sungguh di hari kiamatlah disempurnakan pahala kamu..." (Ali Imran,3: 185)

Satu soalan untuk memuhasabah diri:

"Bila kita ingat mati?"

-bila?emm, entah. tak ingat bila...
-bila ziarah orang meninggal...
-bila tengok accident...
-bila ziarah kubur...
-bila dengar tazkirah pasal mati...
-bila baca sesuatu pasal mati...
-bila kita sakit teruk...
-bila dapat mimpi ngeri, mimpi mati...
-bila tengok drama pasal mati...
-setiap saat dan setiap ketika...
-bila menulis blog pasal mati...
-bila kita rasa macam dah nak mati...
atau bila agaknya?

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Banyakkanlah mengingati sesuatu yang menyebabkan hilangnya semua kelazatan (iaitu mati)"

Takut nak mati...

Saya pernah berhadapan dengan perasaan yang sangat takut, takut nak mati. Manakan tidak, dosa bertimbun-timbun, amal sikit sekali (belum tentu amal yang sedikit ini Allah terima.) Satu hari dulu, saya enggan menunggu bas di perhentian kerana perasaan takut dirempuh kenderaan yang lalu-lalang. Saya bayangkan dirempuh lori. Takut mati di situ, saat itu. Perasaan takut ini hadir dalam diri lepas saya mengalami satu mimpi ngeri, ditambah dengan pelbagai cerita kemalangan di muka akhbar. Saya seperti melarikan diri dari mati saat itu. Saya lupa firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan(serta membalasnya)". (al-Jumuah, 62:8)
Betapapun saya cuba lari darinya, takkan mungkin berjaya kerana MATI ITU PASTI, masa dan tempatnya juga.

Firman Allah lagi,
"...Seseorang tidak mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan seseorang tidak mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." (Luqman, 31: 34)
Berita-berita kemalangan di TV dan akhbar buat saya takut untuk keluar ke mana-mana. Takut jadi mangsa jalanraya. Takut mati. Keluarga keluar, saya tinggal di rumah. Kononnya rumah lebih selamat. Saya lupa lagi, MATI ITU PASTI.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Di mana jua kamu berada, nescaya kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), meskipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tertinggi" (An-Nisa, 4:78)

“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” (An-Nahl:61)
Allah dah tentukan bila tarikhnya, bila masanya, di mana tempatnya kita akan mati. Kenapa perlu lari?


Hadapi Mati...


“ Maha Suci ALLAH yang menguasi segala kerajaan, dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan Mati dan Hidup untuk menguji siapa antara kamu yang terbaik amalannya, dan DIAlah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” Surah Al-Mulk ayat 1-2.


Abul-Laits berkata: "Siapa yang yakin akan mati, maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang salih dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya. Sedang Nabi SAW telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia itu termasuk seksa dunia. Sedang seksa dunia ini jauh lebih ringan dibandingkan dengan seksa akhirat, sedang maut termasuk dari seksa akhirat."

Abu Hamid Allafaf berkata: "Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam: Segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadah. Sedang orang yang selalu lupa akan mati, terkena akibat tiga macam: Menunda-nunda taubat, tamak dalam rezeki dan malas beribadat."

Nabi SAW bersabda:
"Orang yang sempurna akal ialah yang selalu mengkoreksi dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsunya, dan mengharap keampunan Allah (yakni tanpa amal)."

Hingga kini, saya masih takut mati. Memikirkan nasib di SANA setelah terputus segala ruang dan peluang mencari bekal hidup selepas mati. Semoga kita bertemu husnul khatimah atas redha dan kasih sayang Ilahi.

Sumber:
1. Al-Quran dan terjemahan
2. Tanbihul Ghafilin (Abullaits assamarqandi)
3. Liku-liku Perjalanan ke alam barzakh (Drs.Syahrin Nasution)
4. Hidup Sesudah Mati (Bey Ariffin)



Sama-samalah mengingati mati.

(p/s: sahabat-sahabat digalakkan membaca buku-buku di atas dan buku-buku serta bahan bacaan lain dan mengikuti majlis-majlis ilmu untuk mendapat pengetahuan yang lebih tentang perihal MATI. Semoga takut kita bertambah dengannya dan menggerakkan hati untuk beramal dengan lebih giat menghadapi MATI YANG PASTI.)

.::. Terlalu Letih Untuk Mati - Saifulislam.com
.::. Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu - Saifulislam.com
.::. Mati kan senang - Peminggir Kota
.::. Sejenak Perihal Mati - Carefulness
.::. Dan dia benar-benar pergi - Langit Ilahi
.::. Kalaulah Yang Mati Itu Kita - Langit Ilahi
.::.Bilakah Giliran aku? - Cahaya Bisikan Rahsia
.::.Ia Makin Dekat - Strive 4 Mardhatillah
.::. Hidup Sementara, mati tiba-tiba - Mohd Hafizullah Yatim
.::.Mati itu Pasti - Layaran Bahtera Kehidupan

-mengharap redha dan kasih sayang ILAHI.
nota buat diri, 11 Mei 2009, 1.37am.
Comments (0)

Mudahnya Lupa...
by Anonymous in


LUPA I

“Nampak tak speck mata (cermin mata) mak?” mak bertanya kepada anak-anaknya..
“Emm, tak. Cuba call (telefon) speck mak tu”, saya bergurau dengan mak. Gurauan yang sama pernah dibuat pada teman sebilik.
(Berhadapan dengan situasi sebegini, kadang-kadang terfikir nak cipta barangan yang boleh dihubungi/ berbunyi supaya boleh dikesan apabila hilang atau lupa di mana letaknya. Sekadar angan-angan.)


LUPA II

Saya dan adik merancang untuk berperantauan buat beberapa hari di kota raya. Mak, abah dan mak cik bekalkan kami dengan wang untuk perjalanan. Saya simpan duit yang mak bagi lebih di tempat yang berlainan, supaya tidak diketahui adik dan untuk tujuan keselamatan. Duit itu telah saya niatkan hanya akan diguna untuk kecemasan.

Malam itu sebelum bertolak, saya mencari ‘duit kecemasan’ itu. Di mana saya letakkannya? Lupa. Baru saja duit itu saya terima. Puas saya berfikir, tetap tak ingat. Mengenangkan waktu keretapi bertolak makin menghampiri dan mak yang penat menunggu, saya masuk ke dalam kereta tanpanya. Dalam kereta setelah beberapa meter perjalanan, baru teringat bahawa duit itu saya masukkan dalam poket seluar. Seluar itu tak dibawa. “Emm, tak pa lah. Mungkin Allah nak suruh aku berjimat lagi”, pujuk hati.


LUPA III
“Pukul berapa sekarang ni ea?” detik hati.
Saya pun menarik zip beg untuk mengeluarkan ‘jam’ (telefon bimbit). Selepas tengok seketika, saya masukkan semula jam itu ke dalam beg. Tapi pelik, saya masih tak tahu jam pukul berapa.
“Apa yang aku buat tadi? Aku nak tengok jam lah..” Rupa-rupanya, saya sekadar tengok jam tanpa memproses apa-apa dalam otak. Angkara lupa nak buat apa ketika jam telah di tangan.
(Situasi ini banyak kali berlaku. Saya pernah menceritakan perkara ini pada adik, rupa-rupanya dia juga pernah melalui situasi yang sama. Entah ini genetik keluarga atau tanda nyanyuk di usia muda atau memang kita semua serupa.)


LUPA IV

Pagi itu saya baca satu buku. Antara isinya ialah nasihat supaya tidak banyak bercakap. Sunnah Nabi SAW. Saya termotivasi untuk lebih banyak diam dari bercakap. Berkesan beberapa jam. Tepat pukul 10 pagi, saya buka TV, nak tengok CSI. Lepas itu, saya makin banyak bercakap. Mungkin terlupa akan azam untuk banyakkan diam dari bercakap perkara tidak berfaedah. Saya gagal sekali lagi.
(Mungkin benar kata seorang sahabat saya ketika di pusat asasi, “Bila kita dah start buat dosa, kita akan buat lebih banyak dosa.” Dalam konteks ini, mungkin saya boleh ubah kata-kata itu menjadi; “Bila kita dah start buat benda tak berapa baik, kita akan lebih banyak buat benda tak baik.” Oleh itu, perbanyakkanlah buat kebaikan. Semoga satu kebaikan di awal pagi melahirkan lebih banyak kebaikan hingga ke penghujung hari dengan izin Allah SWT.)

“Tiada kebaikan pada kebaikan dari bisikan-bisikan mereka kecuali orang yang menyuruh dengan sadaqah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia.” (An-Nisa’: 114)

Dari Abu Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya.” (HR at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya); kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah ‘Azza wajalla”.

Dari Abu Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tetamunya.” (HR Bukhari dan Muslim)


LUPA V
“Hmm..Nyam nyam sedapnya”…
Telefon berdering. Satu suara kedengaran dari telefon bimbit, “Weh, hampa kat mana tu?”
“Hampa kat kecewa. Kami kat McDonald. Makan burger. Awat?”
“Berapa kali aku nak cakap? Boikot McD la.”
“Oh, ye ke? Lupa la.”
(Lupa atau sengaja buat-buat lupa?)

“….Kamu tidak berdosa dalam apa yang kamu tersalah membuatnya, tetapi apa yang sengaja oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab,33:5)

“Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami jika kami lupa atau kami tersalah.” (Al-Baqarah,2: 286)


Situasi-situasi ini ada yang saya alami sendiri, ada yang rekaan semata (tak mustahil terjadi di luar sana).

Walau apa pun bentuk situasi ‘lupa’ kita, diharap ada sesuatu tindakan yang dilakukan bagi mengatasinya. Dan ingatlah, ada satu perkara yang SERING dilupa; mati yang pasti.

{Abu Darda’ atau Salman al-Farisi atau Abu Dzar R.A berkata:
Tiga macam mengagumkan aku sehingga aku tertawa, dan tiga yang menyedihkan aku sehingga aku menangis.
Adapun yang mentertawakan:
1. Orang yang panjang angan-angan hidup, padahal ia dikejar maut, dan sama sekali tidak memikirkan akan mati.
2. Orang yang lupa terhadap maut padahal maut tidak lupa padanya.
3. Orang yang tertawa padahal ia belum mengetahui apakah Allah redha padanya atau murka.

Adapun yang menangiskan aku:
1. Berpisah dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan kawannya.
2. Memikirkan dahsyatnya maut bila tiba saatnya.
3. Memikirkan kelak bila berhadapan dengan Allah, akan diperintahkan ke mana aku ini, apakah ke syurga atau ke neraka?

Ibn Mas’ud RA berkata: Nabi SAW ditanya:
“Siapakah mukmin yang utama?”
Jawab Nabi, “Yang terbaik budi akhlaknya”
“Dan mukmin manakah yang terkaya?”
Jawab Nabi, “Yang banyak ingat mati, dan baik persediaannya.” }

(Tanbihul Ghafilin – Abullaits as-Samarqandi)

Fikir-fikirkan bersama… Wallahua’lam.

-najaf_jb@yahoo.com
6 Mei 2009, 12.52am
Comments (0)

Prihatinkah kita?
by Anonymous in



Earth Hour


Hampir sebulan yang lalu iaitu pada 28 Mac 2009, Malaysia telah bergabung tenaga dalam menyokong kempen Earth Hour dengan menutup lampu selama satu jam, bermula 8.30pm hingga 9.30pm.

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Tujuan utama Earth Hour adalah menimbulkan kesedaran terhadap masalah perubahan iklim dan “mengaspirasikan bahawa aksi setiap orang dalam skala besar dapat membantu mengubah planet ini menjadi lebih baik.” dan bukan mengenai pengurangan tenaga secara spesifik yang dibuat selama jam itu yang diberikan.

Justeru, bagaimana? Adakah ia terkesan pada diri anda? Pada saya, ya. Saya kembali tersedar tentang keadaan bumi yang makin parah ini.

Menutup lampu itu pada saya sekadar satu simbolik. Bagi mereka yang baru tersedar oleh kempen Earth Hour ini, atau telah lama tersedar akan perubahan iklim semasa, mari kita teruskan usaha pemulihan/ pengurangan kesan pemanasan global ini.

Menutup lampu yang tidak diguna/ tidak perlu haruslah diteruskan, bukan hanya pada tanggal 28 Mac sahaja. Teruskan sampai bila-bila. Walaubagaimanapun, saya lebih suka sekiranya penjimatan dibuat bukan hanya dengan menutup lampu, sebaliknya menutup peralatan elektrik lain yang membawa impak lebih negatif kepada masyarakat. Contohnya televisyen atau lebih popular dengan panggilan TV. Apa kata jika setiap kali rancangan realiti TV yang entah apa-apa disiarkan, kita tutup TV (tentu sudah ada yang buat). Atau, setiap kali masuk waktu solat, tutup TV selama setengah jam. Lima waktu solat, kita boleh jimat elektrik (TV) selama dua jam setengah. Pengaruh negatif pun dapat dikurangkan walaupun mungkin hanya 0.099 peratus. Ibu bapa mainkan peranan. Setengah jam TV ‘direhatkan’, bawa/ suruh/ galakkan anak-anak ke masjid (bagi yang lelaki). Masjid sekarang ‘kosong’ dengan pemuda. Kembalikan pemuda ke masjid.


Tingkatkan keprihatinan dan kepedulian kita



Menurut apa yang saya dapat melalui wikipedia, hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Di mana agaknya letaknya kita? Minoriti atau majoriti? Sama-sama kita bermuhasabah.

Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang menuntut keprihatinan kita. Isu Palestin, isu umat Islam sedunia (selatan Thailand, Afghanistan dll), gejala sosial yang berleluasa, dan lain-lain sangat menuntut keprihatinan dan tindakan kita. Sangatlah tidak wajar sekiranya kita lebih peka dengan isu hiburan, cinta atau masalah politik yang tak habis-habis berbanding isu-isu ini. Tingkatkan keprihatinan kita. Tingkatkan kepedulian terhadap isu-isu ini.



Mama Shin Chan pun pandai..



Dalam menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan sehari-hari, sebaiknya ia dilaksanakan dengan bijak. Janganlah sampai menyusahkan diri. Jimatkanlah pada perkara yang tidak perlu. Contohnya, jika anda di dapur, janganlah dibiarkan terbuka lampu di bilik. Jika anda ingin tidur, janganlah dibiarkan TV, komputer dan segalanya yang tak perlu terbuka. Tetapi janganlah pula anda ingin membaca buku pada waktu malam, tetapi tidak menggunakan lampu (hanya lilin) kerana kononnya ingin menjimatkan tenaga.

Apa yang dipaparkan dalam kisah Shin Chan itu, sebaiknya difikirkan sendiri bak kata Nabil, “Lu fikirlah sendiri…”

Ini soal kita, bukan mereka.

“Alah, depa tu hipokrit. Buat kempen anti rokok…tapi jual rokok. kempen anti rasuah…tapi sapu rasuah. kempen selamatkan dunia tapi depa dok menjahanamkan dunia dengan ujian nuklear dan sebagainya.kempen bersatu padu walhal mereka berkelahi.”

Kata-kata di atas mungkin sahaja sering terjerat di minda sesetengah dari kita. (kata-kata itu sebenarnya merupakan respon yang saya ambil dari satu blog dengan sedikit pengubahsuaian). Berhubung perkara ini, respon saya adalah: Ini tentang KITA, bukan tentang MEREKA. Mereka jual rokok, kita jangan beli rokok (merokok lagi la jangan). Mereka nak beri rasuah, kita jangan ambil rasuah. Yang mana baik dari mereka, kita ambil. Yang mana buruk, kita tolak jauh-jauh. Peribahasa Melayu sendiri ada mengatakan, “Buang yang keruh, ambil yang jernih”. Apabila mereka berkempen anti rokok, kita sahutlah seruan itu. Tentu bersebab kenapa rokok masih dijual.

Saya tidak mahu berbicara tentang sebab perkara ini berlaku kerana saya sendiri tidak tahu/ kurang jelas. Tetapi, tujuan saya memetik respon tersebut adalah semata-mata untuk menyeru semua orang agar menyahut juga seruan mereka yang menjurus ke arah kebaikan, walaupun mungkin mereka sendiri tidak mengamalkannya. Pegangan mereka terhadap apa yang mereka katakan/ kempenkan seharusnya menjadi perkara kedua/ sampingan dan tidak perlu dibicara atau dipanjangkan.

Pembazir itu saudara syaitan

Firman Allah SWT dalam kitab al-Aziz,
“Dan berikanlah kepada kaum kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan musafir dan jangan engkau membazir dengan pembaziran yang besar. Sesungguhnya orang yang membazir itu, adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya.” (al-Israk, 17: 26-27)
Sebenarnya masih terlalu banyak yang perlu saya kaji dan pelajari berkenaan isu ini. Tidaklah layak bagi saya untuk berbicara panjang tentang perkara yang sendiri kurang jelas. Tujuan penulisan kali ini sekadar ingin menyeru orang ramai agar sama-sama jimatkan tenaga yang menyumbang kepada pemanasan global, sama-sama menjaga alam sekitar daripada terus terjejas, terus binasa dek angkara manusia.

Di sini saya serta beberapa link yang sempat saya tinjau berkenaan isu ini. Semoga bermanfaat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Earth_Hour
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global
http://mohfir.blog.friendster.com/2007/11/pemanasan-global-kesan-kepada-kita/
http://kenali-geografi.blogspot.com/2009/02/kesan-pemanasan-global.html

Akhir sekali, saya menyeru pembaca sekalian dan diri saya agar sentiasa berjimat cermat dalam kehidupan. Bukan sekadar dalam penggunaan elektrik, tetapi segalanya yang mampu dijimatkan.

Gunakan bekalan air dan elektrik sekadarnya. Jimatkan tenaga elektrik semampu mungkin. Berbelanja pada perkara yang penting sahaja. Isi masa dengan perkara kebaikan. Sayangilah alam sekitar. Semoga bermanfaat untuk semua.#

(Perihal Earth Hour bersumberkan wikipedia)

najaf_jb@yahoo.com
10.20am, 26 April 2009.
Comments (0)

Tokoh: Syeikh Abu Bakar al-Baqir
by Anonymous in

Inilah tempat tadahan ilmu saya selama 5 tahun. Terima kasih cikgu.


SMK Abu Bakar al-Baqir yang terletak di Sungai Gedong Bagan Serai, Perak merupakan tempat saya menadah ilmu selama 5 tahun dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Di sinilah saya kenal Geografi, di sinilah saya terpupuk minat dengan subjek Kimia, di sini saya bertemu guru-guru yang berdedikasi dan di sinilah juga saya berkenalan dengan sahabat-sahabat yang dirindu.


Nama Abu Bakar al-Baqir diambil dari nama seorang tokoh agama di situ. Di sini saya letakkan sedikit biografi tentang riwayat hidup beliau buat tatapan bersama yang dipetik dari buku “Tokoh-tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu”, tulisan Tajuddin Saman dan Abd.Manaf Haji Ahmad.


Syeikh Abu Bakar al-Baqir berasal dari jajahan Kendal, Jawa Tengah. Datuknya, Haji Abdul Jabar merantau ke Tanah Melayu dan menetap di Gunung Semanggol pada pertengahan abad ke-19. Sebelum ke Gunung Semanggol, Haji Abdul Jabar tinggal di Kelang, Selangor dan berpindah ke Kuala Kurau, Perak. Beliau meninggalkan tanah pusaka yang agak luas kepada anaknya Mohd.Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar. Allahyarham Mohd.Said pula amat mementingkan pendidikan agama kepada tiga orang anak lelakinya, iaitu Muhaiyuddin, Abu Bakar dan Abdullah serta anak perempuannya, Aishah, Saudah dan Hafsah.


Pendidikan


Syeikh Abu Bakar lahir di Gunung Semanggol, Bagan Serai pada tahun 1907. Pada usia enam tahun, anak kelima daripada enam beradik itu belajar hingga darjah lima (tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol serta mempelajari fardhu ain dan al-Quran. Sesudah itu, beliau memasuki Madrasah al-Rahmaniah yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman Mahmud, bekas penuntut Universiti al-Azhar dan Masjid al-Haram, Makkah selama 15 tahun. Syeikh Abu Bakar belajar di pondok itu selama enam tahun, iaitu pada tahun 1919 hingga 1924. Antara yang dipelajarinya ialah ilmu Fiqh, Tauhid, Tafsir al-Quran dan Hadis serta Tatabahasa Arab.


Seterusnya, beliau menuntut selama enam tahun di Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Prai Utara. Di sini, Syeikh Abu Bakar diasuh oleh Allahyarham Haji Abdullah Pak Him yang berpengetahuan luas dalam ilmu hadis, tafsir dan Bahasa Arab.


Di pondok itu…


Di pondok berkenaan, Syeikh Abu Bakar dilantik sebagai ketua mentelaah. Mengikut tradisi, jawatan itu akan disandang oleh mereka yang telah mencapai tahap kelayakan akademik yang tertentu sahaja. Pelantikan itu juga menunjukkan pengiktirafan Tok Guru Haji Abdullah Pak Him terhadapnya. Pelantikan itu telah mendorong Syeikh Abu Bakar memulakan karier sebagai pendidik. Usaha beliau itu telah direstui serta mendapat galakan oleh gurunya. Beliau bersama dengan beberapa orang sahabatnya telah menubuhkan unit pengajian Kanzul Maarif di pondok tersebut. Selain pelajaran biasa, mereka dilihat berbincang dan berdebat dalam unit itu pada setiap malam Jumaat.


Pada tahun 1918 hingga 1938, Haji Abdullah Pak Him dan Syeikh Abu Bakar telah berpindah ke Madrasah Idrisiah kerana menerima jemputan Almarhum Sultan Iskandar Syah. Selama tiga tahun, iaitu tahun 1931 hingga 1933 di Idrisiah, beliau telah melakukan dua pekerjaan. Beliau menjadi murid separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua menjadi guru. Beliau menerima gaji sebagai seorang guru sebanyak RM30.00 sebulan. Pada tahun 1934, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Gunung Semanggol.


Sekembalinya ke Gunung Semanggol..


Kepulangannya dikatakan kerana dijemput guru pertamanya, Haji Abdul Rahman menubuhkan sekolah agama bagi menggantikan pondok al-Rahmaniah, di kampungnya. Akhirnya terbinalah Maahad al-Ehya al-Syarif (MAEAS) di Gunung Semanggol. Pondok yang diasaskan oleh beliau ini menjadi sebutan dan idaman pemuda pemudi Islam pada ketika itu. Pondok itu dianggap oleh sebilangan besar umat Islam di Tanah Melayu sebagai sebuah sekolah agama yang sangat berjasa. Malah, pondok tersebut melahirkan ramai pemimpin Islam berwibawa termasuk Datuk Haji Muhammad Asri Muda, bekas presiden parti Islam se-Malaya (PAS) dan bekas presiden Hamim.


Lima jenis mata pelajaran telah diajar di pondok itu, iaitu Ilmu Teras (Tauhid, Tasawuf, Tafsir, dan Hadis); Ilmu Alat (Nahu Arab, Saraf, dan Balaghah); Ilmu Pelengkap (Sejarah Islam), Mantik, Ilmu Hisab, Geografi, Tatanegara, Sejarah Umum, Pidato Umum, Seni Khat dan Ilmu Pertukangan (pelajar putera sahaja).

Pada tahun 1935, Syeikh Abu Bakar al-Baqir mendirikan rumah tangga dengan Fatimah Abdul Rahman. Mereka dikurniakan dengan tujuh orang anak.


Syeikh Abu Bakar bukan sekadar tokoh pendidikan tempatan tetapi pernah dilantik sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran, Majlis Agama Tertinggi Malaya (Mata). Bermula dari situlah beliau telah merangka dasar pendidikan nasional. Dalam persidangan di MAEAS 15 November 1947, beliau yang dibantu oleh Abdul al-Rabb al-Tamimi, berjaya membentuk Lembaga Pendidikan Rakyat (Lepir). Antara tujuan Lepir ditubuhkan adalah untuk menyeragamkan kurikulum pendidikan sekolah agama rakyat di Malaya. Bagi mencapai matlamat itu, sebuah pusat pendidikan sekolah rakyat ditubuhkan dan dikelolakan oleh Syeikh Haji Zubir Haji Ahamad yang kemudiannya digantikan oleh Abdul al-Rabb.


Persatuan al-Ehya al-Syarif


Dalam kegiatan ekonomi, Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah mengetuai Persatuan al-Ehya al-Syarif. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Undang-undang Kompeni dan Syarikat pada tahun 1940. Persatuan al-Ehya al-Syarif masih lagi aktif hingga sekarang. Persatuan ini mengusahakan tiga jenis projek, iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen janakuasa elektrik.


Stesen janakuasa elektrik yang dibin apada tahun 1956 itu memberikan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan Gunung Semanggol, Bukit Putus, Bukit Gunung Semanggol dan Kubu Gajah. Kadar bayaran yang dikenakan kepada pengguna-pengguna adalah sebanyak RM1.00 sebulan bagi sebuah rumah selama satu dekad. Selepas itu, stesen janakuasa elektrik diambil alih oleh Lembaga Letrik Negara (kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad - TNB). Beliau telah dilantik menjadi Ynag Dipertua persatuan itu hingga meninggal dunia pada tahun 1974.


Pada 20 Mac 1947, seramai 200 orang cerdik pandai, ulama’ Malaya, Indonesia dan Singapura menghadiri persidangan di MAEAS. Persidangan ini telah menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu se-Malaya (Pepermas) dan Majlis Agama Tertinggi se-Malaya (Mata). Satu lagi persidangan di MAEAS pada 13 dan 14 Mac 1948, dihadiri oleh lebih 5000 orang cerdik pandai dan ulama’, termasuk Dr.Burhanuddin al-Helmi berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin (Hamim). Nama Hizbul Muslimin ini telah dicadangkan oleh Syeikh Abu Bakar dan beliau juga telah dilantik sebagai ketua.


Walau bagaimanapun pada 29 Julai 1948, pemerintah British telah menahan Syeikh Abu Bakar selama empat tahun bersama Abdul al-Rabb al-Tamimi dan Abdul Rauf Nur. Oleh yang demikian, Hamim pun berkubur.

Mengenang jasa yang tidak ternilai, Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah dikurniakan Anugerah Tokoh Guru 1975.


Dipetik dengan sedikit pengubahsuaian dari buku “Tokoh-tokoh Agam adan Kemerdekaan di Alam Melayu”, karangan Tajuddin Saman dan Abd.Manaf Haji Ahmad, terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).


- najaf_jb@yahoo.com

24 April 2009, 1.29am

Comments (0)