hover animation preload

Seteguh Tekad
by Anonymous in


SETEGUH TEKAD menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya merangsang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.
Prof.Dr.Sidek Baba, tokoh pendidik yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu. Yang pasti, setelah menutup helaian akhir autobiografi ini, anda akan terdorong untuk membuat perubahan dalam diri. Selamat membaca, mudah-mudahan anda akan dapat mengambil iktibar daripada perjalanan hidup ikon umat Islam ini.
- (Ulasan ringkas yang tertulis di belakang buku.)
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan juga membaca buku ini setelah lama ia terperuk di dalam rak. Pertama kali saya membaca buku ini, saya telah jatuh cinta dengan kisahnya. Banyak prinsip dan pandangan hidup Cikgu Sidek tercurah pada buku ini. Dan sebahagiannya, ini saya kongsikan di sini.

TENTANG SISTEM NILAI DALAM PENDIDIKAN:
Nilai adalah sesuatu yang asasi dalam pendidikan. Tanpa nilai, pendidikan akan menjadi utilitarian. Dengan nilai, manfaat ilmu dan keterampilan akan wujud. Ia bakal memandu menusia menjadi baik dan memiliki arah tuju dan arah guna yang jelas. Pendidikan bukan sekadar suatu proses transfering of knowledge tetapi lebih utama ialah the transformation of man.

TENTANG TAMAN DAKWAH:
Aku lebih suka menggambarkan organisasi dakwah itu sebagai sebuah taman bunga yang penuh dengan pohon-pohon dan bunga beraneka warna. Ada yang harum dan ada bunga yang indah warnanya. Keindahan bunga dan warna memberikan keceriaan pada sekitarnya. Jika ada bunga ros yang wangi dan berduri, janganlah duri itu sampai mengganggu bunga-bunga yang lain. Duri itu harus digunakan untuk melindungi taman tersebut dari ancaman musuh-musuh luar.
Sekiranya analogi ini diikuti, jemaah Islam tidak akan cuba membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan siapa yang tidak. Hakikatnya, jemaah Islam ini dikendalikan oleh manusia. ALLAH tidak memberikan manusia dengan semua potensi yang terbaik. Malah, sifat manusia mestilah memiliki rasa kesalingan tinggi untuk melengkapi dan mengungguli supaya taman dakwah kelihatan indah dan sentiasa menjadi rujukan umat manusia.

TENTANG LANDASAN HIDUP DAN WARISAN:
Membina landasan hidup yang betul adalah amat penting kerana setiap daripada kita ada warisan yang ingin ditinggalkan. Kita ada anak, ada keturunan, ada cucu dan zuriat yang bakal mewarisi. Kita ada bangsa dan umat yang ingin dimajukan. Kita ada generasi yang menjadikan kita sebagai sumber ikutan.

TENTANG KEBANGKITAN ISLAM:
Kebangkitan Islam bagiku mesti disertai dengan kefahaman tentang sejarah jatuh bangun Islam pada masa lalu, petanda kebangkitan Islam pada masa kini antara cabaran dan penyesuaian serta keperluan tatacara penghidupan masa kini yang mampu mengembalikan semula status ilmu yang sepadu. Ini bagi memastikan penekunan dalam bidang akidah, akhlak dan ibadah tidak hanya dibatasi dengan pendekatan lama tetapi mampu mengimbangi cabaran pemikiran dan ilmu terkini.

TENTANG BIMBINGAN TERHADAP ANAK-ANAK:
Sekiranya bimbingan tidak dilakukan, kasih sayang tidak diberi, contoh teladan tidak ditunjukkan, dia akan belajar daripada contoh-contoh yang melintas di hadapannya. Sekiranya contoh itu baik, baiklah jadinya. Sekiranya contoh itu sebaliknya, kemungkinan yang buruk menjadi ikutan anak-anak.

Dan selebihnya, anda patut baca sendiri. semoga bermanfaat.

(Dalam buku cetakan pertama ini, ada beberapa kesalahan bahasa/ejaan yang saya kesan, kesilapan teknikal mungkin. Itu kurang penting, yang penting mesejnya dapat diambil dan dijadikan pengajaran. Wallahua'lam.)

- najaf_jb@yahoo.com
21 Mei 2009,9.29am
Comments (0)

Tanda- Tanda Bahagia dan Sengsara...
by Anonymous in ,

Tanda-tanda Bahagia

* Menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
* Himmahnya (kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
* Sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan
* Sangat memelihara sembahyang fardhu yang lima
* Menjaga diri daripada yang haram dan syubhat,sedikit mahu pun banyak
* Bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik
* Bersifat merendah diri
* Bersifat dermawan yang ikhlas
* Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
* Bermanfaat kepada orang lain
* Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara

* Rakus terhadap harta dunia
* Kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
* Kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
* Meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
* Berkawan dengan golongan yang fasik(derhaka)
* Buruk perangainya
* Sombong lagi membangga diri
* Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
* Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
* Bersifat kedekut
* Lupa terhadap mati (petikan kitab Tanhibul Ghafilin)

- 100% copy and paste. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bahagia.
najaf_jb@yahoo.com
18 Mei 2009, 9.24 am.
Comments (0)

Kalaulah itu dunia...
by Anonymous in

Kalaulah itu dunia…
Apr 30th, 2009

Sebahagian orang, telah bertindak melulu, dengan mengklasifikasikan ilmu kepada dua. Ilmu akhirat, dan ilmu dunia. Kita dapat lihat perkara ini dalam pembelajaran agama dan pembelajaran sains. Ada golongan yang bertindak memisahkan kedua aliran ini kemudian menyatakan bahawa:

“ Aha, yang ambil sains ni, golongan kejar dunia. Yang ambil agama ini golongan yang kejar akhirat”

Saya terfikir perkara ini, selepas membaca komen pelawat dalam post yang bertajuk ‘Iman Yang Mandul’ dan juga komen seorang pelawat dalam post yang bertajuk ‘ Saya Hendak Menyumbang Untuk Islam, bagaimana?’.

Semua ini, membawa saya mengingati satu kenangan yang bermakna sebenarnya.

Pada suatu hari, saya dan kawan-kawan sedang duduk dengan ayah angkat kami, namanya Rosdi bin Baharom. Kami semua menggelarnya Pakcik Rosdi. Dia seorang yang amat rapat dengan kami, dan penyayang. Kelebihan Pakcik Rosdi ini adalah, dia suka berkongsi banyak perkara bermakna dengan kami.

Hari itu, dia bercerita satu perkara yang menarik. Dia cerita kisah isterinya, dengan pelajar yang malas di dalam kelas.

Isteri Pakcik Rosdi, namanya Maimunah binti Hashim. Kami, memanggilnya Cikgu Mai. Hal ini kerana, Cikgu Mai adalah guru Fizik kami, merangkap guru Matematik Tambahan. Cikgu Mai, kalau dalam senarai guru-guru, adalah yang paling disayangi pelajar. Amat baik, dan tidak pernah bias kepada pelajar. Tidak pernah mengklasifikasikan pelajarnya, dan tidak pernah pula merendahkan pelajar yang lemah, mahupun menyisihkan pelajar bermasalah dengan peraturan sekolah.

Pakcik Rosdi cerita,

“ Satu hari, ada tiga orang pelajar, tidak buat kerja yang isteri ana bagi. Jadi, isteri ana tanya, kenapa tak buat kerja? Antum rasa, mereka jawab apa?”

Kami geleng kepala tak tahu.

“ Mereka jawab, ‘alah cikgu, ini semua dunia’”

Saya, sebelum Pakcik Rosdi meneruskan ceritanya, sudah tidak senang dengan sikap tiga orang pelajar itu. Sikap sebegini, sebenarnya memburukkan imej pelajar yang belajar di sekolah agama sebenarnya. Kemudian, Pakcik Rosdi menyambung,

“ enta tahu apa jadi dengan isteri ana?”

Kami dapat agak, sebab kami kenal sungguh dengan Cikgu Mai, tapi kami biar Pakcik Rosdi meneruskan ceritanya.

“ Isteri ana menangis. Lepas itu, isteri ana kata, ‘ Kalau ini semua dunia, cikgu tak susah-susah nak mengajar antum’ ”

Walaupun sebenarnya, tiadalah kata-kata itu dilontarkan kepada saya, secara jujurnya, kalbu saya turut terasa seperti dicucuk-cucuk dengan kata-kata Cikgu Mai itu.

“ Kalau semua ini(belajar fizik, add math) dunia, cikgu tak susah-susah nak mengajar antum”

Siapa tak kenal dengan Cikgu Mai kalau dari pelajar aliran Sains? Dia adalah guru yang bersungguh-sungguh, penyayang, lemah lembut. Dia ada penyakit migrain dan sering sakit. Tapi dia sering gagahi dirinya untuk datang ke sekolah mengajar kami. Dia sering memperbaharui notanya, dan sering juga memberikan ilmu tambahan kepada kami. Kalau kami tidur di dalam kelas, dia tidak pernah marah. Saya pernah kelihatan letih dalam kelasnya, kemudian, dia bertanya kepada saya,

“ Hilal, maafkan cikgu ya. Mungkin Cikgu ajar ni tak seronok, buat enta letih”

MasyaALLAH, Cikgu Mai yang minta maaf. Siapa yang hendak buat salah dengan dia? Saya pantas minta maaf kembali. Tidak sepatutnya saya buat muka letih sedemikian di dalam kelas.

Itulah dia Cikgu Mai. Untuk apa dia bersusah payah kalau semua itu(Fizik, Add Math) adalah dunia? Buat apa dia gagahi dirinya, melawan sakit dan migrain jika semua itu dunia semata-mata?

Hakikatnya, ilmu itu adalah hak milik ALLAH. Kita digesa untuk memantapkan diri kita dengan ilmu, untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM. Tiada satu kaum pun, yang mampu menjadi gemilang, tanpa kekuatan ilmu. Sebab itulah banyak hadith Rasulullah SAW menyatakan gesaan untuk menuntut ilmu.

“ Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap muslim” Al-hadith.

“ Barangsiapa yang merintis satu jalan bagi menuntut ilmu, maka ALLAH akan permudahkan jalannya untuk ke syurga” Al-Hadith.

“ Kebijaksanaan itu adalah milik orang mu’min yang telah tercicirkan, maka jika kamu jumpainya di mana-mana, kutiplah” Al-Hadith.

ALLAH SWT berfirman,

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat” Al-Mujadalah ayat 11.

Jadi, apakah benar ilmu sains, ilmu arkitek, ilmu sukan, ilmu seni lukis, ilmu persenjataan, dan sebagainya adalah ilmu dunia semata-mata? Hakikatnya, kita perlu mengetahui juga ilmu-ilmu itu untuk membangunkan ummah.

Kata orang inggeris: “ Knowledge is power”

Kata-kata Cikgu Mai itu, walaupun bukan ditujukan kepada saya, tetap akan saya sematkan di dalam hati sehingga bila-bila.

Kata-kata yang baik, untuk diingat-ingat ketika muhasabah diri berkenaan usaha dalam menuntut ilmu hari ini. Lebih-lebih lagi, saya menuntut ilmu usuluddin, yang sebahagian manusia kata – ilmu akhirat -.

Moga, perkongsian ini ada manfaatnya.

Artikel di atas adalah perkongsian dari Saudara Hilal Asyraf. Klik sini
Comments (0)

Bila kita ingat MATI?
by Anonymous in


"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan sungguh di hari kiamatlah disempurnakan pahala kamu..." (Ali Imran,3: 185)

Satu soalan untuk memuhasabah diri:

"Bila kita ingat mati?"

-bila?emm, entah. tak ingat bila...
-bila ziarah orang meninggal...
-bila tengok accident...
-bila ziarah kubur...
-bila dengar tazkirah pasal mati...
-bila baca sesuatu pasal mati...
-bila kita sakit teruk...
-bila dapat mimpi ngeri, mimpi mati...
-bila tengok drama pasal mati...
-setiap saat dan setiap ketika...
-bila menulis blog pasal mati...
-bila kita rasa macam dah nak mati...
atau bila agaknya?

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Banyakkanlah mengingati sesuatu yang menyebabkan hilangnya semua kelazatan (iaitu mati)"

Takut nak mati...

Saya pernah berhadapan dengan perasaan yang sangat takut, takut nak mati. Manakan tidak, dosa bertimbun-timbun, amal sikit sekali (belum tentu amal yang sedikit ini Allah terima.) Satu hari dulu, saya enggan menunggu bas di perhentian kerana perasaan takut dirempuh kenderaan yang lalu-lalang. Saya bayangkan dirempuh lori. Takut mati di situ, saat itu. Perasaan takut ini hadir dalam diri lepas saya mengalami satu mimpi ngeri, ditambah dengan pelbagai cerita kemalangan di muka akhbar. Saya seperti melarikan diri dari mati saat itu. Saya lupa firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan(serta membalasnya)". (al-Jumuah, 62:8)
Betapapun saya cuba lari darinya, takkan mungkin berjaya kerana MATI ITU PASTI, masa dan tempatnya juga.

Firman Allah lagi,
"...Seseorang tidak mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan seseorang tidak mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." (Luqman, 31: 34)
Berita-berita kemalangan di TV dan akhbar buat saya takut untuk keluar ke mana-mana. Takut jadi mangsa jalanraya. Takut mati. Keluarga keluar, saya tinggal di rumah. Kononnya rumah lebih selamat. Saya lupa lagi, MATI ITU PASTI.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Di mana jua kamu berada, nescaya kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), meskipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tertinggi" (An-Nisa, 4:78)

“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” (An-Nahl:61)
Allah dah tentukan bila tarikhnya, bila masanya, di mana tempatnya kita akan mati. Kenapa perlu lari?


Hadapi Mati...


“ Maha Suci ALLAH yang menguasi segala kerajaan, dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan Mati dan Hidup untuk menguji siapa antara kamu yang terbaik amalannya, dan DIAlah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” Surah Al-Mulk ayat 1-2.


Abul-Laits berkata: "Siapa yang yakin akan mati, maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang salih dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya. Sedang Nabi SAW telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia itu termasuk seksa dunia. Sedang seksa dunia ini jauh lebih ringan dibandingkan dengan seksa akhirat, sedang maut termasuk dari seksa akhirat."

Abu Hamid Allafaf berkata: "Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam: Segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadah. Sedang orang yang selalu lupa akan mati, terkena akibat tiga macam: Menunda-nunda taubat, tamak dalam rezeki dan malas beribadat."

Nabi SAW bersabda:
"Orang yang sempurna akal ialah yang selalu mengkoreksi dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsunya, dan mengharap keampunan Allah (yakni tanpa amal)."

Hingga kini, saya masih takut mati. Memikirkan nasib di SANA setelah terputus segala ruang dan peluang mencari bekal hidup selepas mati. Semoga kita bertemu husnul khatimah atas redha dan kasih sayang Ilahi.

Sumber:
1. Al-Quran dan terjemahan
2. Tanbihul Ghafilin (Abullaits assamarqandi)
3. Liku-liku Perjalanan ke alam barzakh (Drs.Syahrin Nasution)
4. Hidup Sesudah Mati (Bey Ariffin)



Sama-samalah mengingati mati.

(p/s: sahabat-sahabat digalakkan membaca buku-buku di atas dan buku-buku serta bahan bacaan lain dan mengikuti majlis-majlis ilmu untuk mendapat pengetahuan yang lebih tentang perihal MATI. Semoga takut kita bertambah dengannya dan menggerakkan hati untuk beramal dengan lebih giat menghadapi MATI YANG PASTI.)

.::. Terlalu Letih Untuk Mati - Saifulislam.com
.::. Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu - Saifulislam.com
.::. Mati kan senang - Peminggir Kota
.::. Sejenak Perihal Mati - Carefulness
.::. Dan dia benar-benar pergi - Langit Ilahi
.::. Kalaulah Yang Mati Itu Kita - Langit Ilahi
.::.Bilakah Giliran aku? - Cahaya Bisikan Rahsia
.::.Ia Makin Dekat - Strive 4 Mardhatillah
.::. Hidup Sementara, mati tiba-tiba - Mohd Hafizullah Yatim
.::.Mati itu Pasti - Layaran Bahtera Kehidupan

-mengharap redha dan kasih sayang ILAHI.
nota buat diri, 11 Mei 2009, 1.37am.
Comments (0)

Mudahnya Lupa...
by Anonymous in


LUPA I

“Nampak tak speck mata (cermin mata) mak?” mak bertanya kepada anak-anaknya..
“Emm, tak. Cuba call (telefon) speck mak tu”, saya bergurau dengan mak. Gurauan yang sama pernah dibuat pada teman sebilik.
(Berhadapan dengan situasi sebegini, kadang-kadang terfikir nak cipta barangan yang boleh dihubungi/ berbunyi supaya boleh dikesan apabila hilang atau lupa di mana letaknya. Sekadar angan-angan.)


LUPA II

Saya dan adik merancang untuk berperantauan buat beberapa hari di kota raya. Mak, abah dan mak cik bekalkan kami dengan wang untuk perjalanan. Saya simpan duit yang mak bagi lebih di tempat yang berlainan, supaya tidak diketahui adik dan untuk tujuan keselamatan. Duit itu telah saya niatkan hanya akan diguna untuk kecemasan.

Malam itu sebelum bertolak, saya mencari ‘duit kecemasan’ itu. Di mana saya letakkannya? Lupa. Baru saja duit itu saya terima. Puas saya berfikir, tetap tak ingat. Mengenangkan waktu keretapi bertolak makin menghampiri dan mak yang penat menunggu, saya masuk ke dalam kereta tanpanya. Dalam kereta setelah beberapa meter perjalanan, baru teringat bahawa duit itu saya masukkan dalam poket seluar. Seluar itu tak dibawa. “Emm, tak pa lah. Mungkin Allah nak suruh aku berjimat lagi”, pujuk hati.


LUPA III
“Pukul berapa sekarang ni ea?” detik hati.
Saya pun menarik zip beg untuk mengeluarkan ‘jam’ (telefon bimbit). Selepas tengok seketika, saya masukkan semula jam itu ke dalam beg. Tapi pelik, saya masih tak tahu jam pukul berapa.
“Apa yang aku buat tadi? Aku nak tengok jam lah..” Rupa-rupanya, saya sekadar tengok jam tanpa memproses apa-apa dalam otak. Angkara lupa nak buat apa ketika jam telah di tangan.
(Situasi ini banyak kali berlaku. Saya pernah menceritakan perkara ini pada adik, rupa-rupanya dia juga pernah melalui situasi yang sama. Entah ini genetik keluarga atau tanda nyanyuk di usia muda atau memang kita semua serupa.)


LUPA IV

Pagi itu saya baca satu buku. Antara isinya ialah nasihat supaya tidak banyak bercakap. Sunnah Nabi SAW. Saya termotivasi untuk lebih banyak diam dari bercakap. Berkesan beberapa jam. Tepat pukul 10 pagi, saya buka TV, nak tengok CSI. Lepas itu, saya makin banyak bercakap. Mungkin terlupa akan azam untuk banyakkan diam dari bercakap perkara tidak berfaedah. Saya gagal sekali lagi.
(Mungkin benar kata seorang sahabat saya ketika di pusat asasi, “Bila kita dah start buat dosa, kita akan buat lebih banyak dosa.” Dalam konteks ini, mungkin saya boleh ubah kata-kata itu menjadi; “Bila kita dah start buat benda tak berapa baik, kita akan lebih banyak buat benda tak baik.” Oleh itu, perbanyakkanlah buat kebaikan. Semoga satu kebaikan di awal pagi melahirkan lebih banyak kebaikan hingga ke penghujung hari dengan izin Allah SWT.)

“Tiada kebaikan pada kebaikan dari bisikan-bisikan mereka kecuali orang yang menyuruh dengan sadaqah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia.” (An-Nisa’: 114)

Dari Abu Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya.” (HR at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya); kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah ‘Azza wajalla”.

Dari Abu Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tetamunya.” (HR Bukhari dan Muslim)


LUPA V
“Hmm..Nyam nyam sedapnya”…
Telefon berdering. Satu suara kedengaran dari telefon bimbit, “Weh, hampa kat mana tu?”
“Hampa kat kecewa. Kami kat McDonald. Makan burger. Awat?”
“Berapa kali aku nak cakap? Boikot McD la.”
“Oh, ye ke? Lupa la.”
(Lupa atau sengaja buat-buat lupa?)

“….Kamu tidak berdosa dalam apa yang kamu tersalah membuatnya, tetapi apa yang sengaja oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab,33:5)

“Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami jika kami lupa atau kami tersalah.” (Al-Baqarah,2: 286)


Situasi-situasi ini ada yang saya alami sendiri, ada yang rekaan semata (tak mustahil terjadi di luar sana).

Walau apa pun bentuk situasi ‘lupa’ kita, diharap ada sesuatu tindakan yang dilakukan bagi mengatasinya. Dan ingatlah, ada satu perkara yang SERING dilupa; mati yang pasti.

{Abu Darda’ atau Salman al-Farisi atau Abu Dzar R.A berkata:
Tiga macam mengagumkan aku sehingga aku tertawa, dan tiga yang menyedihkan aku sehingga aku menangis.
Adapun yang mentertawakan:
1. Orang yang panjang angan-angan hidup, padahal ia dikejar maut, dan sama sekali tidak memikirkan akan mati.
2. Orang yang lupa terhadap maut padahal maut tidak lupa padanya.
3. Orang yang tertawa padahal ia belum mengetahui apakah Allah redha padanya atau murka.

Adapun yang menangiskan aku:
1. Berpisah dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan kawannya.
2. Memikirkan dahsyatnya maut bila tiba saatnya.
3. Memikirkan kelak bila berhadapan dengan Allah, akan diperintahkan ke mana aku ini, apakah ke syurga atau ke neraka?

Ibn Mas’ud RA berkata: Nabi SAW ditanya:
“Siapakah mukmin yang utama?”
Jawab Nabi, “Yang terbaik budi akhlaknya”
“Dan mukmin manakah yang terkaya?”
Jawab Nabi, “Yang banyak ingat mati, dan baik persediaannya.” }

(Tanbihul Ghafilin – Abullaits as-Samarqandi)

Fikir-fikirkan bersama… Wallahua’lam.

-najaf_jb@yahoo.com
6 Mei 2009, 12.52am
Comments (0)