hover animation preload

Keajaiban di jari
by Afifah JB in

Cuba tengok tangan kita, fokus pada 5 jari yang kita ada. Apa yang kita nampak? Terus lagi perhatikan ciptaan Allah ini. Apa yang kita nampak? Nampak tak keunikan, keindahan dan keajaiban ciptaan Allah ini?

Dari segi fungsi, sungguh, bermacam perkara boleh kita lakukan dengan jari-jari yang lima ini; memegang, menuding, menggenggam, menumbuk, mencubit, menyapu, membelai, menggaru, menulis, menaip, mengira, memotong, melipat, memasak, dan lain-lain. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara, segalanya menjadi lebih mudah dengan adanya tangan yang berjari ini. 

Cap jari yang unik

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka)
terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.
(QS. Al Infithaar, 82:6-8)

*Bila sebut pasal jari ni, teringat kisah seorang tokoh agama (maaf tak ingat siapa) yang bermuhasabah  dengan memerhati jari (kalau tak silap selepas solat).  Tokoh ini seingat saya memang tokoh yang sangat disegani. Nak katanya, hanya pada anggota yang kecil ini mampu membuatkan kita dekat dengan Allah, andai diperhati dengan mata hati yang mengagumi kuasa Allah SWT. (Sesiapa yang tahu siapa tokoh ni harap maklumkan ye.. :>)

Muhasabah pada jari:
  1. Keajaiban jari-jemari - Rakan Masjid
  2. Keajaiban di dalam Tubuh Kita - Harun Yahya
  3. Membuat Barcode dibanding Keajaiban Cap Jari - Myatiq
- 21 Ramadhan 1432H, 10.24 pagi
Comments (0)

Cabaran Santai: Teka-teki
by Afifah JB in

1) What gets wetter and wetter the more it dries?


2) The man who invented it doesn't want it. The man who bought it doesn't need it. The man who needs it doesn't know it. What is it?


3) Ada 5 buah rumah yang masing-masing mempunyai warna berbeza. Setiap rumah dihuni oleh seorang lelaki dgn warganegara yg berbeza. Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok dgn jenama rokok tertentu dan memelihara sejenis haiwan peliharaan yg berbeza. Tiada seorang pun yang sama minuman kegemarannya, merokok yg sama jenama atau memelihara haiwan yg sama jenisnya. SOALANNYA : Siapakah Yang memelihara IKAN?

PETUNJUK:
Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah. Orang Sweden memelihara arnab. Orang Denmark suka minum teh. Rumah berwarna putih terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna coklat. Penghuni rumah berwarna putih suka minum kopi. Orang yang merokok PallMall memelihara burung. Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah suka minum susu. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill. Orang Norwegian tinggal di rumah yang pertama. Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing. Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill. Orang yang merokok Winfield suka minum sirap. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia. Orang Jerman merokok Rothmans. 
Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air. 
*(Dengan sedikit perubahan perkataan), teka-teki ini terkenal dengan nama teka-teki Einstein. 

4) A woman, while at the funeral of her own mother, met this guy whom she did not know. 
She thought this guy was amazing, so much her dream guy she believed him to be just that!
She fell in love with him right there, but never asked for his number and could not find him.
A few days later she killed her sister. What is her motive in killing her sister? 

5) City of Truth, City of Lies Riddle

You approach two talking doors. One door leads to the City of Truth, while the other door leads to the City of Liars. You do not know which door is which.

You are able to ask only one question to determine which door is which. The door that leads to the City of Liars always speaks lies, while the door that leads to the City of Truth always speaks the truth. You want to go to the City of Truth. What question do you ask to determine which door leads to the City of Truth?

Answers:

1) Towel
2) A coffin
3) (Yang ni selesaikan sendirilah ye..best!)
4) So that the girl can meet the boy again. 
5) You ask either door - "If I were to ask the other door which door leads to the City of Truth, what would he say?" Regardless of the answer, you pick the opposite door and you're in the City of Truth.
Comments (1)

Alkisah Moto dan Keta
by Afifah JB in ,

Pada satu zaman yang tak pernah wujud, ada dua buah makhluk bernama Moto dan Keta. Walaupun sudah lama berkenalan, mereka bukanlah sahabat baik,dan bukan juga musuh. 


Pada suatu hari, tuan Moto mahu ke bandar atas urusan yang mustahak. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan ke bandar itu, tiba-tiba hujan turun rintik-rintik mula membasahi permukaan Bumi. Tuan Moto gelisah (sebab tak pakai baju hujan, takut basah) tetapi tetap meneruskan perjalanannya. Setiba di destinasi, tuan Moto terus 'melarikan' diri ke dalam bangunan, meninggalkan Moto sendirian di situ kebasahan tanpa dilindung bumbung.

Tak lama selepas itu, sedang Moto merenung nasib dirinya, Keta datang dan memparkir dirinya di sebelah Moto. Beberapa saat kemudian, tuan Keta seorang gadis muda keluar dengan memegang payung yang berkilau (payung baru belilah katakan...) dan menuju ke bangunan yang sama dengan tuan Moto tadi. Sebelum tuan Keta masuk ke dalam bangunan itu, Moto sempat cemburu tatkala tuan Keta menekan 'klik' demi menjaga keselamatan Keta.

Moto berterusan cemburu. "Alangkah bagusnya kalau aku juga seperti Keta".

Rupa-rupanya tuan Moto melihat situasi itu dari dalam bangunan. Setelah urusan tuan Moto selesai dan hujan berhenti, tuan Moto pun bertanya kepada Moto,
"Moto, kamu mahu jadi seperti Keta?"
"Nak nak..."
"Baiklah. Saya akan jadikan kamu Keta."
"Yeyy"

Moto sangat gembira. Enjin Moto dihidupkan, dan tuan Moto menunggangnya pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, Moto pun memulakan angan-angan.

"Ha, kiranya nanti tuan aku mesti nak hantar aku ke klinik untuk rawatan trasformasi dan doktor tu nanti mesti tanya aku nak jadi macam mana. Tentulah aku nak jadi macam Keta, tapi aku nak jadi Keta apa ya? Kalau boleh tu nak jadi Keta Mercedes tapi tuan aku bukanlah mampu sangat nak bayar bil rawatan yang mahal nanti. Kalau macam tu, baik aku minta jadi Keta Suzuki Swift saja. Tetap menawan. Wahahaha..Tapi sebagai hamba yang baik, aku tak kisahlah jadi macam Keta apa pun. Yang penting, aku nak ada bumbung, ada pintu jadi tuan aku boleh main 'klik-klik' dengan aku, lepas tu ada tempat duduk selesa dan luas yang boleh memuatkan ramai orang, ada tali pinggang keselamatan, ada radio supaya aku pun tak bosan, dan yang paling penting ada air-cond. Doktor tu boleh ubah apa saja yang dia nak ubah, kecuali tangki minyak dan enjin aku. Kalau tukar macam yang Keta punya, habislah duit tuan aku nak kena bayar duit minyak yang mahal nanti. Keta diisi RM5 mana boleh tahan untuk seminggu, aku lain la. Wah, cantikla kalau macam tu..."

Seminggu berikutnya, tuan Moto datang kepada Moto dan memberitahunya bahawa hari itu ialah hari perubahan. Tanpa memahami maksud sebenar tuannya, Moto bersorak kegirangan. "Broom broom," Moto memulakan perjalanan.

Sampai di tempat yang dituju, tuan Moto berjabat mesra dengan seorang lelaki yang ada di situ. Mereka berbual-bual tak lama. Di hujungnya, "Nah, ni kunci Moto seperti yang telah dijanjikan. Saya tukar Moto saya dengan Keta kamu dengan tambahan harga RM3000"
"Terima kasih. Ni pula kunci Keta seperti yang telah dijanjikan juga :)"

Tuan Moto bergerak ke arah Keta Proton Wira yang berada di sebelahnya. Tuannya masuk ke dalam Keta. Enjin dihidupkan. Moto jadi panik. "Tuan, tuan, tuan nak pergi mana tu? Tuan nak tinggalkan saya di sini ke? Kita kan dah lama bersama. Saya sayang tuan. Tuan tak sayang saya ke? Tuan kata nak jadikan saya Keta."

"Kamu kenderaan saya, dan sekarang kenderaan saya ialah Keta. Secara tak langsung, kamu dah jadi Keta. Saya perlukan Keta dan sebenarnya saya perlukan Moto juga. Cuma, kini saya mahu Moto lain. Saya mahu Moto yang takkan minta untuk jadi macam Keta kerana dia faham kelebihan dan fungsinya sebagai Moto. Moto, selain jimat minyak sebagai kelebihan, ia juga boleh berfungsi sebagai kenderaan yang lebih baik di jalan yang sempit. Semua benda, haiwan, manusia atau makhluk lain berbeza-beza sebab fungsi dan peranannya juga berbeza. Kalau kamu jadi 'sebijik' macam Keta, macam mana kamu nak berperanan seperti Moto? Kamu faham tak apa saya cakap ni wahai Moto? Semoga kamu mengambil pelajaran dengan ini. Selamat tinggal."

Moto kelu menyesali kesilapan diri.


- Nurul Afifah bt Jamaludin, 11 Ogos 2011, 9.38PM.
Comments (0)

Nama: Doa dan Identiti
by Afifah JB in


“Sarimah, tolong ambilkan benda empat segi yang ada banyak benda tulis-tulis di dalamnya tu yang di atas benda empat segi warna kelabu di tepi benda empat segi yang orang boleh buka untuk keluar masuk tu,” si ibu meminta tolong dari anaknya yang sedang baring di atas benda empat segi yang empuk yang orang biasa gunakan untuk tidur.

Sarimah yang kurang mengerti bertanya, “Apa yang ibu cakap ni? Tak fahamlah bu,”

“Maaf, sekadar gurauan di malam hari. Hehe. Baik, ibu translate ye. Sarimah, tolong ambilkan buku yang di atas meja kelabu di tepi pintu tu,” si ibu menamatkan gurauan di malam hari.

Lihat, benda pun penting punya nama; untuk memudahkan kerja, menjimat masa dan tenaga manusia. Nama, biarpun semudah sebutan na-ma, ia bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah oleh para ibu bapa. Nama yang bakal diberikan kepada anak-anak akan digunapakai dan tercatat di sijil kelahiran, kad pengenalan, kad laporan kesihatan, sijil memandu, buku bank, malah juga di sijil kematian, dan di akhirat kelak. Malah, nama yang baik juga penting sebagai satu langkah menjaga kehormatan anak tersayang.

Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu. Maka, perbaikilah nama-nama kamu.” (Sunan Abi Daud)

Entri ini sebetulnya bukanlah mahu membicarakan soal pemilihan nama anak-anak, kerana perkara itu mungkin masih jauh bagi kita yang majoritinya masih ‘bujang senang’. Sebaliknya, entri ini sekadar mahu berkongsi rasa dan membawa kita sama-sama lebih menghayati dan menghargai nama yang kita miliki. Namun, janganlah pula diabaikan persediaan ke arah pembinaan baitul muslim kerana pendidikan anak-anak bermula dari pendidikan diri kita sendiri.

Sejarah nama

Pernahkah kita bertanya kepada ibu bapa kita kenapa kita dinamakan dengan nama yang sedia ada kini? Apa sebabnya? Saya yakin, pasti ada doa dan harapan yang ibu bapa selitkan pada nama kita. Bertanyalah, dengarkan harapan itu terus dari lisan ayahanda dan bonda tercinta.

Apakah tujuan nama? Ibn Qayyim menyatakan bahawa, “sesungguhnya penamaan itu bertujuan untuk mengenali sesuatu dengan namanya. Ini kerana jika sesuatu itu tidak diketahui namanya, maka tidaklah dapat dikenal pasti identitinya.”

Nama memberi identiti. Dengan nama kita boleh membeza antara buku latihan dengan buku teks. Dengan nama juga kita boleh membezakan antara Syafuad dengan Sahal. Jika namanya sama, contoh, kedua-duanya Sharifah, maka unsur pembeza kedua iaitu sifat mengambil tempat.

Kunyah

“Antara Sunnah yang diajarkan kepada kita, adalah Takniyah dalam memanggil anak-anak. Takniyah itu bermaksud memberikan Kun-yah kepada anak-anak dengan memanggil yang lelaki dengan nama Abu atau yang perempuan dengan nama Ummu.” - Saifulislam.com

Menyelak sirah di zaman nabi, kunyah (sebut kun-yah) sering digunakan pada masa tersebut. Kunyah ialah istilah bagi gabungan nama yang didahului oleh perkataan Abu (bapa) atau Umm (ibu). Memanggil seseorang menggunakan kun-yah ialah etika bangsa Arab lama yang dibenarkan oleh Islam, malah ia juga telah diamalkan oleh Nabi SAW dan dikira sebagai sunnah.

Kebiasaannya, seseorang mengabadikan nama (khususnya nama anak sulung) pada kunyahnya. Contohnya seperti Abu Eisya (contoh terdekat). Kalau di zaman Nabi, contoh yang dapat dilihat ialah seperti Nabi Muhammad SAW sendiri yang digelar Abul Qassim bersempena nama anaknya Qassim.

Kunyah tidaklah hanya diharuskan penggunaannya untuk orang yang telah memiliki anak dan tidak juga harus hanya kepada yang telah dewasa, tetapi boleh juga untuk mereka yang lain. Sebagai contoh, Abu Hurairah digelar sedemikian kerana kesukaannya terhadap kucing, Abu Talib digelar Abu Turab dan lain-lain.

Penggunaan kunyah ini merupakan satu bentuk penghormatan kepada individu tersebut, tetapi berlainan pula bagi Abu Lahab. Biarpun Abu Lahab bangga digelar sedemikian (kerana wajahnya putih kemerahan), tetapi Allah menggunakan perkataan Lahab yang bermaksud gelojak api sebagai tanda neraka yang dijanjikan baginya.


Tujuan kunyah ini bukan untuk suka-suka. Antara tujuanya ialah, bagi kanak-kanak, kunyah ini dapat mendorong kesegeraan anak-anak ini menjadi dewasa dan merasa tanggungjawab. Kunyah juga bertindak sebagai panggilan yang memiliki nilai hormat. Andai kita masih digelar Qiqi Lala, Boboi Boy, Mumu, Cotcot atau sebagainya (yang pelik-pelik dan keanak-anakan), harapnya nama itu tidaklah melekat sampai ke tua. Usahakan sesuatu ke arah yang lebih baik.

Kini Peranan Kita

Kita bertuah. Nama kita tergolong dalam nama-nama yang baik. Bukan nama yang jelek, buruk, dan memalukan. Allah SWT sudah cantikkan nama kita, cantikkan juga kejadian rupa kita; tiada cacat cela, sempurna semuanya. Ada tangan, ada kaki, ada hidung, ada kening, ada bulu mata, ada gigi, ada lidah, ada kuku,.... lengkap!
“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah akhlakku”

Kita bertuah. Kita punya ibu bapa penyayang dan memahami, yang memilih nama yang baik untuk anak-anaknya. Nama yang bukan sekadar untuk sedap didengar, bukan juga sekadar mudah dipanggil tetapi juga nama yang terkandung padanya makna yang baik, menjadi ‘doa’ buat kita hingga ke akhir usia.

Orang yang memiliki nama yang baik, kadang-kadang malu jika mengerjakan suatu keburukan. Dia berusaha agar dapat mengerjakan kebaikan sesuai dengan namanya. Ibn Qayyim menyebut, Jarang kau dapati nama yang buruk kecuali melekat pada orang yang buruk pula. Dan Allah dengan hikmah yang terkandung dalam qadha dan qadarnya memberikan ilham kepada jiwa untuk menetapkan nama sesuai yang punya.”

Ibu bapa telah memilih nama yang baik untuk kita, kini masa kita berperanan untuk menjadi baik (dan lebih baik dari hari ke hari) sesuai dengan nama kita yang baik. Beri identiti yang baik pada nama kita juga. Nama kita baik, tetapi tidak sama sekali yang terbaik.

Nama-nama Terbaik

Nama-nama terbaik adalah hak mutlak Yang Maha Terbaik. 99 nama yang terbaik ini menunjukkan sifat-sifat Allah. Setiap satu nama ini mengandungi makna yang sangat mendalam. Memahami dan menghayati nama-nama Allah ini sangat penting dalam usaha kita untuk meningkatkan iman. Dengan benar-benar memahami dan menghayati nama ini; dengan sepenuh keyakinan yang telah menyerap ke jiwa, seseorang mukmin mampu mencapai tingkatan ihsan dalam beribadah kepada Allah.

Sahabat, lihat, renung, dan fikirkan; bagaimana dalam hari ini sahaja Allah telah ‘taburkan’ sifat Ar-Rahman dan Ar- Rahim-Nya pada kita? Sifat as-Salam, al-Muhaimin-Nya memelihara kita dari pelbagai bahaya. Anggota badan kita masih sempurna. Iman kita dijaga (biarpun turun naiknya selalu melanda).

Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang bersyukur Ya Allah...Benarkan kami memandang besar nikmat-Mu yang dipandang kecil manusia lain...Benarkan kami berada di siratul mustaqim.. Ya Allah, pimpinlah kami...

Berkata Ibnul Qayyim, “Maka tidak diragukan lagi bahawa berilmu tentang nama dan sifat-sifat Allah serta perbuatan-Nya adalah seagung-agung ilmu dan semulia-mulianya ilmu. Perbandingannya dengan ilmu-ilmu lain sebagaimana perbandingan antara Allah itu sendiri dengan yang lain-Nya”

Mari, kita hafal, belajar, faham, dan hayati nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya dalam kehidupan.

Doaku untuk kalian….

Che Farhana, semoga dirimu sentiasa riang gembira dan senang.
Zahirah, semoga dirimu sentiasa menzahirkan kebenaran.
Sakinah, semoga dirimu sentiasa tenang dan menenangkan.
Aina, semoga matamu; zahir dan batin sentiasa memandang pada kecantikan.
Afifah, semoga sentiasa dirimu dalam kebaikan.
Aimee, semoga sentiasa dirimu dalam keberkatan.
Kamilatunnisa’, semoga sentiasa kamu menjadi wanita yang sempurna.
Arif Alwan, semoga sentiasa serba-serbi tahu (dan memberitahu).

Dan buat sahabat-sahabat yang lain, semoga nama kalian yang baik menjadi doa buat kalian.
Dengan ‘kuasa nama’ yang ada pada kita ini, mari kita suburkan cita-cita Islam cemerlang, gemilang dan, terbilang.

Rujukan:
  1. http://www.al-adib.net/archives/532
  2. http://www.ilmoe.com/578/memberi-nama-baik-contoh-mengajarkan-agama-seri-kajian-pendidikan-anak.html
  3. http://dzikra.com/mamahami-tauhid/
Nurul Afifah Jamaludin, 22 Ogos 2011, Bagan Serai.
Comments (0)