Inilah tempat tadahan ilmu saya selama 5 tahun. Terima kasih cikgu.
SMK Abu Bakar al-Baqir yang terletak di Sungai Gedong Bagan Serai, Perak merupakan tempat saya menadah ilmu selama 5 tahun dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Di sinilah saya kenal Geografi, di sinilah saya terpupuk minat dengan subjek Kimia, di sini saya bertemu guru-guru yang berdedikasi dan di sinilah juga saya berkenalan dengan sahabat-sahabat yang dirindu.
Nama Abu Bakar al-Baqir diambil dari nama seorang tokoh agama di situ. Di sini saya letakkan sedikit biografi tentang riwayat hidup beliau buat tatapan bersama yang dipetik dari buku “Tokoh-tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu”, tulisan Tajuddin Saman dan Abd.Manaf Haji Ahmad.
Syeikh Abu Bakar al-Baqir berasal dari jajahan Kendal, Jawa Tengah. Datuknya, Haji Abdul Jabar merantau ke Tanah Melayu dan menetap di Gunung Semanggol pada pertengahan abad ke-19. Sebelum ke Gunung Semanggol, Haji Abdul Jabar tinggal di Kelang, Selangor dan berpindah ke Kuala Kurau, Perak. Beliau meninggalkan tanah pusaka yang agak luas kepada anaknya Mohd.Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar. Allahyarham Mohd.Said pula amat mementingkan pendidikan agama kepada tiga orang anak lelakinya, iaitu Muhaiyuddin, Abu Bakar dan Abdullah serta anak perempuannya, Aishah, Saudah dan Hafsah.
Pendidikan
Syeikh Abu Bakar lahir di Gunung Semanggol, Bagan Serai pada tahun 1907. Pada usia enam tahun, anak kelima daripada enam beradik itu belajar hingga darjah
Seterusnya, beliau menuntut selama enam tahun di Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Prai Utara. Di sini, Syeikh Abu Bakar diasuh oleh Allahyarham Haji Abdullah Pak Him yang berpengetahuan luas dalam ilmu hadis, tafsir dan Bahasa Arab.
Di pondok itu…
Di pondok berkenaan, Syeikh Abu Bakar dilantik sebagai ketua mentelaah. Mengikut tradisi, jawatan itu akan disandang oleh mereka yang telah mencapai tahap kelayakan akademik yang tertentu sahaja. Pelantikan itu juga menunjukkan pengiktirafan Tok Guru Haji Abdullah Pak Him terhadapnya. Pelantikan itu telah mendorong Syeikh Abu Bakar memulakan karier sebagai pendidik. Usaha beliau itu telah direstui serta mendapat galakan oleh gurunya. Beliau bersama dengan beberapa orang sahabatnya telah menubuhkan unit pengajian Kanzul Maarif di pondok tersebut. Selain pelajaran biasa, mereka dilihat berbincang dan berdebat dalam unit itu pada setiap malam Jumaat.
Pada tahun 1918 hingga 1938, Haji Abdullah Pak Him dan Syeikh Abu Bakar telah berpindah ke Madrasah Idrisiah kerana menerima jemputan Almarhum Sultan Iskandar Syah. Selama tiga tahun, iaitu tahun 1931 hingga 1933 di Idrisiah, beliau telah melakukan dua pekerjaan. Beliau menjadi murid separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua menjadi guru. Beliau menerima gaji sebagai seorang guru sebanyak RM30.00 sebulan. Pada tahun 1934, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Gunung Semanggol.
Sekembalinya ke Gunung Semanggol..
Kepulangannya dikatakan kerana dijemput guru pertamanya, Haji Abdul Rahman menubuhkan sekolah agama bagi menggantikan pondok al-Rahmaniah, di kampungnya. Akhirnya terbinalah Maahad al-Ehya al-Syarif (MAEAS) di Gunung Semanggol. Pondok yang diasaskan oleh beliau ini menjadi sebutan dan idaman pemuda pemudi Islam pada ketika itu. Pondok itu dianggap oleh sebilangan besar umat Islam di Tanah Melayu sebagai sebuah sekolah agama yang sangat berjasa. Malah, pondok tersebut melahirkan ramai pemimpin Islam berwibawa termasuk Datuk Haji Muhammad Asri Muda, bekas presiden parti Islam se-Malaya (PAS) dan bekas presiden Hamim.
Lima jenis mata pelajaran telah diajar di pondok itu, iaitu Ilmu Teras (Tauhid, Tasawuf, Tafsir, dan Hadis); Ilmu Alat (Nahu Arab, Saraf, dan Balaghah); Ilmu Pelengkap (Sejarah Islam), Mantik, Ilmu Hisab, Geografi, Tatanegara, Sejarah Umum, Pidato Umum, Seni Khat dan Ilmu Pertukangan (pelajar putera sahaja).
Pada tahun 1935, Syeikh Abu Bakar al-Baqir mendirikan rumah tangga dengan Fatimah Abdul Rahman. Mereka dikurniakan dengan tujuh orang anak.
Syeikh Abu Bakar bukan sekadar tokoh pendidikan tempatan tetapi pernah dilantik sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran, Majlis Agama Tertinggi Malaya (Mata). Bermula dari situlah beliau telah merangka dasar pendidikan nasional. Dalam persidangan di MAEAS 15 November 1947, beliau yang dibantu oleh Abdul al-Rabb al-Tamimi, berjaya membentuk Lembaga Pendidikan Rakyat (Lepir). Antara tujuan Lepir ditubuhkan adalah untuk menyeragamkan kurikulum pendidikan sekolah agama rakyat di
Persatuan al-Ehya al-Syarif
Dalam kegiatan ekonomi, Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah mengetuai Persatuan al-Ehya al-Syarif. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Undang-undang Kompeni dan Syarikat pada tahun 1940. Persatuan al-Ehya al-Syarif masih lagi aktif hingga sekarang. Persatuan ini mengusahakan tiga jenis projek, iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen janakuasa elektrik.
Stesen janakuasa elektrik yang dibin apada tahun 1956 itu memberikan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan Gunung Semanggol, Bukit Putus, Bukit Gunung Semanggol dan Kubu Gajah. Kadar bayaran yang dikenakan kepada pengguna-pengguna adalah sebanyak RM1.00 sebulan bagi sebuah rumah selama satu dekad. Selepas itu, stesen janakuasa elektrik diambil alih oleh Lembaga Letrik Negara (kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad - TNB). Beliau telah dilantik menjadi Ynag Dipertua persatuan itu hingga meninggal dunia pada tahun 1974.
Pada 20 Mac 1947, seramai 200 orang cerdik pandai, ulama’
Walau bagaimanapun pada 29 Julai 1948, pemerintah British telah menahan Syeikh Abu Bakar selama empat tahun bersama Abdul al-Rabb al-Tamimi dan Abdul Rauf Nur. Oleh yang demikian, Hamim pun berkubur.
Mengenang jasa yang tidak ternilai, Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah dikurniakan Anugerah Tokoh Guru 1975.
Dipetik dengan sedikit pengubahsuaian dari buku “Tokoh-tokoh Agam adan Kemerdekaan di Alam Melayu”, karangan Tajuddin Saman dan Abd.Manaf Haji Ahmad, terbitan Yayasan Dakwah Islamiah
- najaf_jb@yahoo.com
24 April 2009, 1.29am
0 comments:
Post a Comment