
‘Siapa Tuhan di hati kita?’. Oh, soalan yang mudah! Pasti semua akan jawab 'Allah'...
Baiklah...ok2.... "Siapa Allah di hati kita?"..."Apa pula definisi Tuhan bagi kita?"
Apabila ditujukan soalan ini, pelbagai jawapan yang keluar tetapi saya tertarik dengan satu jawapan. Allah adalah kekasih kita. Jadi, timbul lagi satu persoalan iaitu 'bagaimana untuk mengukur sejauh mana kita menganggap Allah sebagai kekasih kita'?
Yang paling pandai jawab soalan kedua ni mestilah orang yang punya kekasih, tak kisahlah kekasih tu manusia, binatang, benda atau sebagainya. Melalui pengalaman dan pengetahuan saya serba sedikit ni, kekasih ialah seseorang (kalau manusia la) yang kita sentiasa ingat, patuh, dan utamakan (dan yang seangkatan dengannya).
Nak makan, tengah makan, sudah makan, ingat dia.
Nak mandi, tengah mandi, sudah mandi, ingat dia.
Pendek ayat, ke mana sahaja kita pergi, kita buat, sentiasa ingat dia.
(Ini betul eaa, dapat pengakuan dari orang pernah bercinta).

Kerana cinta, mungkin ada yang sanggup terjun bangunan kalau disuruh kekasihnya. Dah ada pun kes (banyak pula tu) yang mana sanggup 'bagi diri' (faham-faham sendiri la k) sebab cinta. Untuk buktikan cinta, sanggup patuh apa saja. Itulah cinta yang buta dan membutakan. Na'uzubillahi min zalik.
Tengah main bola, tiba-tiba kekasih yang sangat dicinta memanggil. Kalau benar memang cinta, tentu sahaja dia akan utamakan panggilan kekasih itu dan tinggalkan bola.
Oleh itu, andai kita kata Allah itu kekasih kita, maka Allah ialah sesuatu yang kita sentiasa ingat, patuh dan utamakan. Apa sahaja tindakan yang kita mahu lakukan, Allah menjadi perkara yang pertama sekali jadi pertimbangan.
Sebagai contoh:
- Kalau kita main bola petang-petang tu, dah nak masuk Maghrib ni, kita nak terus main lagi ke sampai masuk Maghrib? (terutama lelaki ni patut jawab). Kalau kita kata Allah kekasih kita, tentulah kita utamakan Allah dan nak buat apa yang Allah suka saja. Tanya pada diri, 'Allah suka tak aku solat lambat sebab main bola?'. Kalau rasa jawapannya Allah suka, terserahlah. Boleh teruskan. Tapi saya pasti dan yakin, kita tahu bahawa Allah tak suka. Kalau kita teruskan juga main bola, seolahnya kita mengangkat bola sebagai Tuhan dan kekasih kita.
- Di dalam solusi terbaru isu 'Ibu Bapa Derhaka', terdapat satu bahagian bertajuk 'Cinta itu Bukan Tuhan'. Diceritakan dalam artikel itu satu kes di mana seorang lelaki yang telah berkahwin bertemu kembali dengan kekasih lamanya yang juga telah berkahwin. Masih ada rasa cinta. Jadi, apa yang patut lelaki ni lakukan? Ada yang menjawab istikharah, kahwin dua, cerai dan lain-lain lah. Sampai di titik dilema seperti ini, lelaki ini sewajarnya menyoal kembali diri 'siapa Tuhan di hati aku?'. Cinta atau Allah? Kalau Allah, pilihlah apa yang Allah suka. Jauhi segala yang Dia larang. Kalau cinta, ikutlah kehendak cinta. TAPI, CINTA ITU BUKAN TUHAN. Jangan bertuhankan cinta. Jangan bertuhankan nafsu yang hanya bawa bencana. Bukan cinta cipta kita. Cinta tak tahu apa-apa tentang kita.
Kesimpulannya, dalam setiap tindakan yang kita lakukan, walau apa pun ia, walau sekecil mana pun ia, cuba hadirkan persoalan ini dalam diri, 'Siapa Tuhan aku?' terutama apabila berhadapan dengan dilema. Apabila berhadapan dengan dua perkara yang baik, hadirkan satu soalan baru, 'Yang mana Tuhan aku lebih suka?'. Semoga dengan ini, kita akan lebih terpandu ke jalan yang benar.
---> Satu tahu cinta saya belum 100% kepada Allah, sebab itu adakalanya tindakan saya mungkin membelakangkan Allah, lupa pada-Nya dan tidak mempertimbangkan Allah dalam setiap tindakan/ kelakuan saya. Semoga tazkirah yang diberi ini bukan sahaja bermanfaat kepada orang lain tetapi juga kepada ‘first listener’ ni (saya la tu). Orang cakap, apa yang dicakap lebih dekat dengan orang yang ‘menyakapkan’ berbanding orang yang mendengar apa yang dicakap.
Dalam keadaan cinta kita yang mungkin belum 100% pada Allah Yang Esa, kita mungkin saja lupa untuk kaitkan-Nya dalam tindakan kita seharian. Perkara baik yang kita buat kerana Dia, dengan ingatan pada-Nya menjadi ibadah kita. Sayang sekali, perkara baik yang kita buat setiap hari tanpa meletakkan-Nya sebagai 'sebab' hanya menjadi perkara baik tanpa ibadah. Bukan nak kata 'kalau macam tu baik tak payah buat baik', tapi nak cakap 'kan lagi baik kalau kebaikan kita buat dengan niat kerana Allah?'. Setiap kebaikan tidak sia-sia. Kebaikan kita sebagai Muslim yang masih punya iman pasti dinilai oleh Allah, cuma sebolehnya kita mahu meletakkan kebaikan yang kita lakukan di tahap yang lebih tinggi, iaitu
kebaikan+niat kerana Allah= ibadah.
Hadirkan Allah dalam setiap tindakan. Lakukan kebaikan dengan penuh kesedaran.
Semoga bermanfaat buat semua,
najaf_jb@yahoo.com
24 Januari 2010, 11.00am.
Pautan Luar Menambah:
Siapa Allah di hati kita? - .:Bicara Qalbi:.
Siapa Allah di hati kita?? - Faith''
Di Mana DIA di Hatiku? - Genta Rasa
Cintailah - Strive 4 Mardhatillah
Musibah Matinya Hati - Mutiara Hati*
Cinta Kekasih - Rindu...
Cinta dan Rindu - Diamku Mencari Hati
2 comments:
assalamualaikum..mohon untuk copy post anda ini untuk dikongsikan bersama teman saya..boleh?
jannah
to jannah:
maaflah, saya tak baca komen..huhu..
tiada masalah, asalkan dapat beri manfaat pada orang lain.
Post a Comment